26 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya Dari Majalah Gila-Gila dan Minyak Rambut Code10

 1 komen


Satu masa dulu (kini pon ade lagi tapi mungkin tak semeriah dulu) kad ucapan raya memang menjadi medium memperingati satu sama lain di hari lebaran. Dari kad wangi, kad bermuzik, semuanya ada! Belum kira saiz. Ada yang sekecil buku 555 hingga ke saiz A3pon ade!

Kali ini teman nak berkongsi dengan komer sekeping kad raya dari Gila-Gila.

25 Ogos 2011

Majalah Pendidikan Mickey

 3 komen

Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Julai 1991. Buku ini juga meninggalkan memori pada teman kerana ianya dibeli di Super Kinta. Mengetengahkan konsep pembelajaran di kalangan kanak-kanak, buku ini pantas mencapai tahap popularnya berikutan kejayaan Beauty and the Beast pada tahun 1991 dan Aladdin pada tahun berikutnya.

Kad Permainan - Donkey

 2 komen


Satu lagi siri kad yang agak lama wujud di Tanah Malaya. Boleh katakan antara permainan wajib kanak-kanak sekitar tahun 80-an ketika musim cuti sekolah ataupun selepas musim peperiksaan. Jom tengok koleksi penuh siri kad ini!

24 Ogos 2011

Laluan Sakaratul Maut

 4 komen

LALUAN SAKARATUL MAUT
Sumber dari Ondscene

Laluan Sakaratul Maut diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, iaitu laluan yang dikenalpasti berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara. Benar ajal dan maut di tangan Tuhan, namun insyaallah dengan pemanduan berhemah dan berhati-hati segala musibah dapat dielakkan.

Semoga senarai ini membantu kita dan semoga anda dan keluarga selamat pulang ke kampung dan kembali ke tempat bertugas kelak, insyaallah :)

23 Ogos 2011

Rantai Kunci - Benson & Hedges

 0 komen



Sekitar tahun 1980-an (hingga kini) jenama Benson & Hedges memang terkenal di kalangan perokok. Jenama yang berasal dari Britain ini sangat diminati (atas sebab apa teman tak pasti - teman bukan perokok) selain jenama Dunhill, Perilly's dan John Player Special.
Jom layan gambar rantai kunci B&H ni!



22 Ogos 2011

Kotak Mancis - KFC

 2 komen

KFC mula bertapak di Malaysia pada 1 Januari 1973 dengan pembukaan cawangan sulungnya di Jalan Tunku Abdul Rahman(sumber di sini). Dan antara teknik promosi dan pengiklanan pada masa itu lahir dalam bentuk iklan di kotak mancis. Pengunjung akan dihadiahkan dengan kotak mancis dengan harapan jenama yang terpapar di kotak mancis akan dikenali rakan-rakan perokok tadi :)

19 Ogos 2011

Houdini dan Lain-Lain Ahli Silap Mata

 1 komen

Sebelum David Copperfield terkenal, sewaktu David Blaine belajar merangkak, ketika Cyril belum dilahirkan, ramai lagi ahli-ahli silap mata yang telah berjaya dan terkenal. Buku ini memperkenalkan sebahagian dari mereka dan sebahagian dari silap mata yang mereka persembahkan. Jom layan!

17 Ogos 2011

Kad Permainan - Tractors

 2 komen

Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe

Koleksi kad permainan yang ingin teman kongsikan kali ini merupakan kad Top Trumps - Tractors. Jom layan!

16 Ogos 2011

Haiwan dan Kisahnya

 2 komen

Sejak kecil lagi teman memang dipenuhi buku-buku berkenaan haiwan. Ditambah lagi dengan abah teman yang bekerja di Jabatan Perhutanan, dunia haiwan seakan dekat dengan teman. Buku masa itu kebiasannya hanya memberikan gambar dan nama haiwan berkenaan.

Kira-kira usia teman 9 tahun (darjah 3), keluarlah iklan majalah bersini Animal World ini di muka akhbar. Apa yang teman ingat ialah memori mengumpul wang saku semata-mata ingin membeli majalah ini.

Isu pertama dijual pada harga 95sen (kalau tak silap). Keluaran kedua pada harga $2.90. Keluaran ketiga dan seterusnya pula pada harga $5.90. Keluaran pertama pembeli "dihadiahkan" dengan sebatang pen (tiada dalam gambar dan beberapa keping poskad haiwan - ada dalam gambar atas)

15 Ogos 2011

Siri Cerita Jenaka Untuk KBSR

 10 komen

Menyebut nama-nama Lebai Malang, Pak Kadok, Pak Pandir dan Si Luncai sudah pasti ada diantara kita yang tersenyum. Apa tidaknya, watak-watak ini seringkali digambarkan sebagai malas, kurang cerdik, mudah ditipu dan sering menyusahkan orang lain. (maaf kalau ada yang nama sama).

Sekitar tahun 80-an inilah antara kaedah menasihati anak-anak pada masa dahulu - melalui cerita. Pengajaran yang diselitkan dalam sesuatu cerita kadangkala memberi kesan (mungkin kanak-kanak zaman dulu mudah menerima melalui kaedah pembacaan). Justeru itu banyak sekali buku-buku bercorak nasihat dan pengajaran dalam Bahasa Melayu diterbitkan.

Tengok sahaja cerita animasi Gagak Mengisi Air dalam Takar, Hikayat Sang Kancil oleh Finas. Semuanya bukti Bahasa Melayu mendapat tempat yang tinggi pada masa itu. Jom layan buku jenaka kali ini!

12 Ogos 2011

Kad Permainan - Trucks

 4 komen

Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe

Koleksi kad permainan yang ingin teman kongsikan kali ini merupakan kad Top Trumps - Trucks

11 Ogos 2011

Rahsia Ahli Silap Mata Yang Terkemuka

 8 komen
Sekitar tahun 1980-an, pertunjukan silap mata memang mendapat perhatian ramai. Masih ingat lagi David Copperfield yang ingin datang pertama kali sekitar tahun 1989 dan ingin menghilangkan jambatan Pulau Pinang? Ketika itu siapa tak ternganga melihat pertunjukan ahli silap mata? Malah antara siaran selepas solat raya ialah Sarkas ataupun pertunjukan silap mata.

10 Ogos 2011

Cinta Gadis Bunian

 5 komen



Dalam banyak-banyak kartun yang ada dalam majalah Apo? antara yang menjadi ikutan ramai semestinya siri komik ini. Boleh dikatakan hasil karya agung kartunis Sireh pada pandangan teman le. Teknik ala catan warna air yang dipersembahkan sangat-sangat lain daripada stail kartunis-kartunis lain. Sireh dalam kelasnya yang tersendiri dan sesuai dengan jalan ceritanya yang turut larut ke dalam alam misteri ini bagaikan kena temanya!

9 Ogos 2011

Bedtime Stories Lambok

 5 komen


Teman berani jamin antara banyak komik seram yang pernah dibaca selama ini, komik Lambok ini lah yang paling berjaya melelehkan air mata mana-mana pembacanya! Serius, kelakar tak ingat punya. Jalan ceritanya kadang-kala di luar imaginasi pembaca menjadikan ending setiap episod satu kejutan. Apa yang menjadikan ianya kekal di kepala otak pembaca ialah kehalusan stroke pada objek-objek sampingan. Karekter pula sengaja dicipta sedemikian hodoh (atau sengaja tak dapat dipastikan) secara tidak langsung membangkitkan selera ingin ketawa pembacanya. Memang dalam kelas tersendiri teman akui!

5 Ogos 2011

Kad Permainan - Old Maid

 2 komen

Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe

Permainan yang boleh dikatakan semua pernah main terutama kalau korang dilahirkan sekitar tahun 1980-an. Sebut saja Old Maid, pasti berkerumun rakan di sekeliling anda untuk menyertai permainan ini. Kad ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 8 orang pemain (lagi ramai lagi seronok!).

4 Ogos 2011

Majalah Rileks! Dalam Kenangan

 17 komen

Majalah Rileks! mula diterbitkan pada Mei 1997. Harga pengenalannya pada masa itu $4.90. Walaubagaimanapun keluaran seterusnya dikurangkan menjadi $4.50.

Majalah ini menggunakan tagline "Majalah Syok Masa Depan, Kebanggaan Rakyat Malaysia" dan beberapa keluaran kemudiannya berkukar menjadi "Majalah kartun tempatan paling berkualiti" dan memang tidak dinafikan, Rileks! dalam kelas tersendiri pada masa itu! Malahan majalah Gempak pernah menyiarkan satu artikel mengenai komik-komik yang pernah ada di Malaysia namun tidak lagi dan menyifatkan Rileks! jika masih wujud merupakan kuasa besar dalam industri komik tempatan.

3 Ogos 2011

Kad Permainan - Military Vehicles

 10 komen
Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe

Boom! Kotak kedua permainan kad yang ingin teman kongsi kali ini mengandungi siri kenderaan tentera.
Jom layan memori dulu-dulu korang!


2 Ogos 2011

Memori 1980-an

 4 komen
Pergi sekolah punya la awal masa tuh. Pukul 6.30 kalau tak bangun memang nak kena siram dengan air la jawabnya. Mandi pulak tu tengok keluarga la. Kalau berada ada la bilik mandi. Kalau tak, pilihan samada tebing sungai atau perigi menanti anda. Dan kebiasaannya air perigi memang menterbeliakkan mata dek kesejukan melampau dan digigit embun pagi!

Sampai sekolah kena kutip sampah dulu. (Murid zaman sekarang tak buat dah kerja ni rasanya). Siap ada pengawas lagi tu. Kalau tak kutip pengawas boleh tulis nama dan buat laporan ke guru kelas masa tu. Budak-budak masa ni tengok cikgu macam tengok raksasa Gorgon dalam cerita Gaban. Takut sangat!

Kasut sekolah pada masa itu antara jenamanya Bata BM2000, BM Turbo, Pallas Jazz dan Pallas Twinkle (yang ni ada pemantul cahaya!). Ada juga yang berjiwa "rockers" memakai kasut buatan China yang high-cut!

1 Ogos 2011

Kad Permainan - Street Bikes

 19 komen
Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe

Jika anda dilahirkan dalam era 1980-an, pasti permainan kad ini tidak asing lagi. Ketika itu dam aji, karom, scrabble dan banyak lagi permainan dalaman sangat popular. Pantang ada masa terluang, pasti permainan ini menjadi pilihan. Dari bapak, anak, hingga ke anak saudara ketika itu semuanya pasti akan teruja dengan permainan ini. Jangan tipu la! Hehehe



Jenis kad yang bermacam-macam (dari motor ke kereta, kapal ke kapal terbang)