29 September 2011

Apa itu Mujarrobat?

 1 komen


Cara menghancurkan musuh
Hendaklah azimat dibawah ini ditulis pada daging burung gagak supaya disekelilingnya azimat tersebut supaya ditambah dengan lafadh Haa miim. Kemudian ditanam dilokasi yang ditempat musuh tersebut. Dengan izin Allah musuh akan hancur karena alat sulitnya tiba-tiba menjadi luka parah seperti terbakar api.

Azimat untuk membutakan mata musuh
Hendaklah azimat dibawah ini ditulis pada kertas kemudian dilipat rapi untuk diikatkan pada burung dan disertakan pula tulisan nama-nama musuh tersebut, selanjutnya burung tersebut dilepaskan. Maka Insya Allah mata musuh akan menjadi rabun tidak bisa dilihat sama sekali.

Cara membinasakan musuh
Hendaklah azimat dibawah ini ditulis pada kuku himar, kemudian ditanam pada lokasi musuh tersebut, maka dengan tiba-tiba semua musuh akan menjadi lumpuh badannya, hingga mudah menyerah dengan ijin Allah.
Sama, seperti sebelumnya, Ilmu ini dikiaskan untuk suatu pertempuran. Pada prakteknya karen jaman sekarang tidak pertempuran seperti dulu, maka akan dipergunakan oleh perorangan untuk melumpuhkam badan orang yang dibencinya karena iri.

20 September 2011

Tiket Menonton Bigfoot

 1 komen
GAMBOR BARU ADA DI BAWAH

Sekitar tahun 1990-an, syarikat rokok masih bebas mengiklankan produk mereka samada di muka akhbar, majalah mahupun peti televisyen. Penajaan syarikat rokok boleh dikatakan mencapai kemuncaknya ketika ini. Persaingan membolehkan berbagai produk dari luar negara "dijemput" masuk ke Malaysia ketika itu.

15 September 2011

Siri Ensiklopedia Tanya Jawab Retro

 4 komen

Siri ini telah lama teman cari. Sejarahnya bermula ketika teman belajar di bangku Sekolah Rendah lagi. Buku ini sering diburu ketika melepakkan diri di perpustakaan dek kecantikkan ilustrasi yang termuat serta kaedan soal-jawab yang diketengahkan.

14 September 2011

Buku Dosa-Dosa Besar

 2 komen


Seorang pembaca (matakucing) meminta teman membuat pos mengenai buku ini. Alhamdulillah mujor jumpa juga di kampung. Buku retro ini teman warisi dari mak. Beliau beli pada harga $2 sekitar tahun 80-an dan tersimpan elok di rak buku. Adapun buku ini ditulis oleh H. Abubakar Ya'qub dan diterbitkan oleh Firma "Islamyah" Medan pada tahun 1978. Jumlah cetakan pada masa dibeli pula menjangkau 11 kali cetakan!

13 September 2011

Kotak Mancis - Hotel Equatorial

 0 komen

Perintis dalam industri hotel Malaysia, Hotel Equatorial Kuala Lumpur telah dibuka pada tahun 1973 dan sejak itu menjadi lokasi pilihan untuk hiburan peribadi dan perniagaan. Terletak strategik di kawasan Segitiga Emas, hotel ini menekankan kecekapan, keselesaan dan nilai untuk wang - semua yang disampaikan dengan kehangatan Malaysia. Ini sebahagian dari kenang-kenangan bermulanya legasi mereka di sini

Simpulan Bahasa Bergambar

 2 komen

Buku Simpulan Bahasa ini antara buku bacaan popular satu ketika dulu. Boleh dikatakan setiap kali jualan buku diadakan pasti buku ini akan dijual. Buku ini mula dicetak pada 1980. Kemudian dicetak kali kedua pada 1983, 1985, 1989 dan kali kelima pada 1990. 

9 September 2011

Asas Lukisan

 0 komen
Pelukis-pelukis muda di era 1980-an banyak merujuk dari buku luar negeri bagi mendapatkan panduan dan idea. Namun faktor bahasa kadangkala menjadi penghalang proses pemahaman istilah-istilah seni. Justeru timbullah asas untuk menerbitkan buku ini.

Asas Lukisan ini diterbitkan oleh Upskol Enterprise yang beralamat di Pulau Pinang.
Buku ini merupakan dicetak hitam dan putih pade keluaran pertamanya (1976) dan kedua (1978). Namun cetakan ketiga (1979) dikeluarkan dalam edisi berwarna dan memudahkan lagi pemahaman pembaca.

7 September 2011

Tandoori Greatest Hits

 3 komen

Satu lagi koleksi tak kering gusi oleh kartunis Nik. Dan jujur teman rasakan beliau patut bangga dengan watak Murahguru Tandoori Payat ini kerana keunikan dan kelucuannya akan senantiasa kekal dalam ingatan pambaca-pembacanya. Buku ini mengumpulkan sebahagian besar kartun Murahguru dalam bentuk yang sama seperti koleksi sebelum ini namun kelihatan strok dan line Nik lebih kemas dan licin (faktor pengalaman)


6 September 2011

Kad Permainan - Kings & Presidents Car

 1 komen

Satu lagi siri kad permainan yang teman miliki. Siri ini mengumpulkan kerete-kereta mewah milik Raja-Raja dan Presiden-Presiden terhebat sekitar tahun 1980-an. Memang hebat kereta-kereta ni semua. Tak percaya jom kita layan koleksi-koleksi kereta ini.

5 September 2011

Irama 25 Rasul

 10 komen

Kompilasi 3 kaset dendangan 20 artis tersohor tanahair ini menerjah pasaran pada tahun 1989 dan diiterbitkan oleh Akbar Nawab dan Omar Nawab. Hasil kutipan jualan album ini pula akan disumbangkan ke Projek Keluarga Angkat Anak Yatim Mujahid Afghanistan.