31 Oktober 2011

Jam Dinding Gula-Gula Hacks

 1 komen


Koleksi yang ingin teman kongsi kali ini merupakan pemberian dari Nenek orang rumah teman. Punya le lama membodek nak mintak jam ni akhirnya diberi juga (tapi kena gantikan dengan jam baghu pulak haha). Kalau tak silap teman jam ini diberi percuma kepada peniaga-peniaga yang menjual gula-gula jenama Hacks bagi tujuan promosi. Alhamdulillah, keadaannya masih elok berfungsi walaupun ada sedikit calar di badannya :)


Berikut merupakan sejarah penubuhan Hacks di Malaysia:
Hacks MALAYSIA SDN BHD telah ditubuhkan pada pertengahan tahun enam puluhan oleh arwah Hj.M Abubacker, Pengerusi pengasas kumpulan Barkath. Seorang lelaki yang berdaya usaha berpandangan jauh besar, beliau mendapat hak pengilangan daripada pembuat asal "Hacks" gula-gula di United Kingdom dalam awal tahun enam puluhan untuk menubuhkan pengeluaran tempatan.

7 Oktober 2011

Label Meja Calon SPM

 2 komen

Tahun 1999 merupakan tahun bersejarah bagi teman kerana menduduki peperiksaan SPM.
Sebahagian kenangan yang teman simpan hingga kini ialah label meja ini.

Sebagai rekod tahun ini merupakan tahun terakhir sistem agreget digunakan.
Walaupun keputusan teman agak mengecewakan, hakikat cebisan kertas ini sebagai sebahagian memori tetap tidak dapat dinafikan. Hurmmm......

4 Oktober 2011

Atlas Sumber Alam dan Manusia

 0 komen

Bagi komer yang bersekolah rendah sekitar tahun 80-an pasti akan ingat lagi matapelajaran Alam dan Manusia. Sebelum sistem KBSR yang baru diperkenalkan, matapelajaran ini merupakan kegemaran ramai kerana mendekatkan murid dengan alam semulajadi. Malangnya buku teks subjek ini belum teman temui. Yang tinggal hanyalah buku rujukan buat kenang-kenangan.

3 Oktober 2011

Berbangga dengan Dialek Negeri Sendiri

 5 komen

Loghat sesebuah negeri sering dijadikan pengenalan asal penuturnya. Malah hampir kesemua negeri di Malaysia ini boleh dibezakan melalui pengamatan slang dan gaya bahasa. Dialek yang dibukukan pula pasti menjadi rujukan berharga kerana selain boleh disimpan, ia boleh diwariskan kepada generasi mendatang.

Tak kesah le kome orang negeri mana sekalipun, wajib rasanya mempelajari dialek-dialek tradisi negeri agar terpelihara dan diamalkan. Tak guna negara kita maju namun penduduknya melupakan bahasa asal mereka. (so kurang2kan la perkataan-perkataan korunk, iteww, aq, gitew, diowunk, cayunk n dsb.) Geli weh!

Buku Dialek Perak ini teman perolehi hasil sumbangan ikhlas Pengurus Besor Yayasan Perak. Sebenornye buku ini teman temui di perpustakaan. Kerana minat sangat dengan buku ini, teman menghantor satu emel ke Yayasan Perak bertanyakan kewujudan buku ini dan ingin membelinya. Alhamdulillah pihak Yayasan sudi mendermakan buku ini kepade teman FOC!