30 Disember 2011

Mengembara Di Alam Bunian

 0 komen

Satu lagi buku lama yang teman temui kembali hasil pencarian baru-baru ini (Alhamdulillah). Kali ini mengisahkan cerita yang diketahui kebanyakan komer (sampai P. Ramlee pon ada mengadaptasi cerita ini) iaitu pengembaraan ke alam bunian.

28 Disember 2011

Siri Poskad Malaysia Indah

 1 komen


Siri poskad ini dikeluarkan sekitar 1988 - 1989. Masa ini poskad merupakan alternatif selain surat, telegram dan telefon awam bagi berkomunikasi. Ianya mengetengahkan pemandangan hasil bumi Malaysia seperti getah, bijih timah dan kelapa sawit. Oriental Pearl Sdn. Bhd. (kini Card2u) merupakan syarikat yang mengeluarkan siri ini dan Great Star Enterprise pula merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengedarkannya.

27 Disember 2011

Kad Permainan - Kapal Layar

 1 komen

Satu lagi siri kad teman miliki. Boleh katakan antara permainan wajib kanak-kanak sekitar tahun 80-an ketika musim cuti sekolah ataupun selepas musim peperiksaan. Jom tengok koleksi penuh siri kad ini!

Buku Cerita Lama: Serigala Jadian

 3 komen

Suatu ketika dulu Serigala Jadian merupakan mitos yang amat digeruni. Hinggakan banyak sekali filem mengenainya dan kalau nak disenaraikan memang panjang. Tak percaya komer boleh klik sini

Buku ini pula sebahagian khazanah milik teman yang pernah dibeli masa dibangku sekolah rendah. Masa berlalu dan buku ini telah hilang entah ke mana. Namun pencarian baru-baru ini akhirnya menemukan teman kembali dengan buku ini, Alhamdulillah.