21 Februari 2012

Komik Sejarah Lagenda Melayu

 7 komen

(Sila kelik gambor bagi saiz yang besor)

Sekitar tahun 1995 hingga 1999, Creative Enterprise atau dengan nama glamournya Gila-Gila mengeluarkan komik-komik cerita lisan Melayu. Banyak cerita yang terkandung dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) diterbitkan semula seperti:-

(Dari kiri, atas)
Mahsuri - Dang Anum - Puteri Lindungan Bulan - Malim Dewa
Puteri Gunung Ledang - Raja Bersiung - Laksamana Bentan - Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Badang - Si Bongkok Tanjung Puteri - Batu Belah Batu Bertangkup - Hang Nadim
Merong Mahawangsa - Tun Fatimah - Bawang Putih Bawang Merah - Tun Kudu
Tun Perak - Tun Teja

Koleksi inipun teman tak pasti samada lengkap atau tidak :)

20 Februari 2012

Mari Berbuku Skerab!

 1 komen

Kadang-kala menyimpan cebisan-cebisan kertas lama sangat menyeronokkan. Namun jika dibiorkan bersepah tanpa susunan mungkin akan menyusahkan bil aingin dicari kelak.

Justeru itu buku skrap dijadikan album tidak rasmi bagi koleksi-koleksi ini. Tidak kiralah poster, keratan akhbar, tiket, flyers mahupun setem kesemuanya boleh dilekatkan pada satu buku yang boleh disimpan selama mungkin.

Ini merupakan 1 dari 4 buku skrap yang teman miliki. Merangkumi petikan akhbar, komik, poster majalah, dan info piala dunia ianya bagaikan jurnal minat teman dari usia remaja.

16 Februari 2012

Kisah Seorang Biduan

 1 komen

Satu lagi komik terbitan Dayacipta Enterprise. Kartunis yang dipertanggungjawabkan menghasilkan karya ini pula ialah Mohd. Zohri. Kelakarnya kerana tajuk komik ini sama dengan lagu Dahlan Zainuddin :)

10 Februari 2012

Raja Rimba - Cemas

 1 komen

Komik lama ini teman temui di Pasor Karat (Loken) Ipoh. Karya ini milik D. Yusoff dan
diterbitkan oleh Dayacipta Enterprise. Harga jualannya pada masa itu cuma 50 sen hehehe.

Komik pendek ini mengisahkan bagaimana Mala yang tinggal di dalam hutan menyelamatkan haiwan-haiwan di hutan berkenaan selain menyelamatkan seorang pengembara yang sesat di hutan yang dihuninya.