25 Jun 2012

Captain Tsubasa / Kickers

 6 komen


DVD penuh ini merupakan antara DVD kesayangan teman kerana ianya
merupakan siri anime yang sangat diminati ketika di bangku sekolah rendah lagi. Bezanya
pada masa itu kartun ini dinamakan "Kickers" dan dialih bahasa oleh TV1.

Jom lihat sebahagian info mengenari siri ini :)

24 Jun 2012

Kampung Puaka

 5 komen

Komik ini merupakan satu lagi karya Allahyarham Hussain Sa'ad, kartunis yang mencipta Wak Dojer.

Ianya mengisahkan seorang bidan yang terpengaruh dengan pujukan syaitan (pelsit).

Ianya terbitan komik Dayacipta dan dijual pada harga 50 sen ketika itu :)

22 Jun 2012

Sticker Liga Perdana

 0 komen

Satu lagi produksi Gila-Gila untuk peminat fanatik bolasepak Malaysia, siri sticker ini diperkenalkan pada tahun 1995. Sebanyak 14 negeri dan Brunei menjadikan 15 pasukan yang bertanding pada masa ini.

20 Jun 2012

Stiker Siri Produksi Gila-Gila

 0 komen

Sekitar tahun 80-an hingga hujung 90-an, stiker merupakan antara penarik minat pengguna terhadap majalah-majalah humor. Pelbagai idea, konsep, simbol, malah ayat yang digunakan bagi menarik perhatian.

Koleksi ini menampilkan kartun dari kartunis Aza (kalau dilihat dari rupa kartun la). Antara tempat yang sering stiker ini digunakan semestinya almari (anak2 bujang), bilik ayor, pondok telefon dan bagi yang berani di pejabat!

19 Jun 2012

Komik Lela Manja

 2 komen

Lela dan manja merupakan dua beradik yang menjadi mangsa  kekejaman serta keadaan.
Kehadiran ibu tirinya telah  mengubah corak hidup mereka berdua. Mereka di seksa sejak  kecil
dan di perlakukan seperti hamba.

Keperitan hidup mereka  berdua bertambah apabila ayahandanya pula di bunuh di depan mata.
Maka kerana ketakutan itu, dua beradik ini terpisah di  dalam hutan.Sekian lama terpisah, Lela yang
menjadi permaisuri kepada Raja Muda, telah di dendami oleh Komeng yang ingin menuntut bela
di atas kematian ayahandanya Megat Sura. Perjuangannya itu mendapat sokongan dari Manja 
yang tidak menyedari kisah sebenar yang di selindungkan. Raja Muda di buru Manja, sehinggalah
Lela dan Manja di pertemukan semula.

Jom layan lukisan lain dalam komik ini!