31 Julai 2012

Kaset Panca Sitara

 2 komen
Kaset generasi ke IV Panca Sitara.
Al-Fatihah buat 4 ahlinya yang telah meninggal dunia.
Antara kaset yang dulunya teman tak gemor tapi tak menyangka
ianya akan menjadi koleksi berharga kini

30 Julai 2012

Kaset Pegangan Hidup Hamka

 1 komen
Beliau meninggal pada tahun 1981 jadi rakaman kaset ini semestinya lebih awal dari itu!
(Tua dari teman usia nya!)

25 Julai 2012

Biduan Silam R. Azmi Dalam Kenangan

 2 komen


Teman mula mengenali R. Azmi dari abah kerana beliau amat meminatinya! 

21 Julai 2012

Keperibadian Pelajar Cemerlang

 6 komen

Siri kaset ini milik mak teman. Ianya dipasorkan kira-kira tahun 1990-an oleh Sabha Broup.
Siri ini mengandungi 4 kaset iaitu:

5 Julai 2012

Tiket Menonton Filem Angkasa 1993

 0 komen

Pada tahun 1993 (teman berumor 11 tahon), satu rombongan sekolah ke Kuala Lumpor telah dianjurkan. Happy alang kemain le hati ni. Ye le, buat kami orang-orang kampun ni, peluang melawat ke kota besor sangat la terhad. Kemungkinan yang adapon sedara mara kahwin, tak pon ada saudara mara yang dimasukkan ke hospital akibat sakit teruk.

So berbalik pada lawatan ni tadi, antara lokasi yang kami lawati masa tu ialah Zoo, Muzium dan Planetarium Negara. Masa ni Menara Kuala Lumpurpon xsiap lagi (pilingpon belum tentu mula idak haha). Kebetulan di dalam Planetarium pada masa tu mengadakan Tayangan Filem Angkasa.

Berasaskan skrin berbentuk semi-bulatan, paparan filem dipancarkan dari bawah menghala ke atas. Lengkungan ini pula menjadikan filem yang dipaparkan seakan hidup. Filem yang ditayangkan masa itu mengisahkan dunia haiwan. Dan setiap kali scene gambar melalui helikopter merentas savannah, setiap kali jugah teman kagum dan terpesona dengan teknologi ketika itu :)

P/S: Sayang tiket ni tak dicop tarikh dan masa, jika tak pasti
menimbulkan lagi memori waktu berkasut Aliph ketika itu!

2 Julai 2012

Buku Kelentong

 1 komen


Satu lagi hasil karya Dato' Lat yang berjaya teman kumpol. Kali ini hasil meronda di sekitar Shah Alam.
Buku ini dihasilkan bagi menberi oanduan kepada pengguna akan bahayanya Skim Cepat Kaya.