30 Disember 2012

Kad Permainan - Safari Specials

 0 komen

Siri kad kali ini merupakan siri kenderaan lasak yang biasanya digunakan di gurun dan padang pasir.Walopon telah lama (lebih 20 tahun usia kad ini) keadaan kad-kadnya alhamdulillah masih elok dan boleh dimainkan lagi. Jom layan koleksi kali ini :)

25 Disember 2012

Komik Jaguh Bola Sepak: Kenangan Masa Lampau

 2 komen

Koleksi kali ini merupakan antara komik yang pernah teman tonton sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dan teman percaye ada diantara komer pernah menonton atau membaca komik ini. Kalau tak silap zaman sekolah agama rakyat (sebab ianya ditayangkan di waktu petang).

14 Disember 2012

Payung Kepala Gila-Gila: Idea kreatif kraftangan 80an

 0 komen


Di era populariti Gila-Gila, antara tarikan utama majalah ini tidak lain tidak bukan halaman tengahnya. Kadang-Kadang komer (korang) dapat stiker, poster, kalendar, kad ucapan dan banyak lagi. Teman nak berkongsi koleksi kali ini iaitu Payung Kepala GG.

3 Disember 2012

Jadual Waktu Bata: Terkenang memori zaman persekolahan

 0 komen

Musim persekolahan akan bermula. Masa ni la mak bapak kelam-kabut menyiapkan pekekeh (kelengkapan) anak-anak yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Jenama Bata menjadikan jadual waktu ini sebagai penarik dan penambah tarikan pada jenama demer. Dikeluorkan sekitar tahun 1985 ianya pantas menjadi tarikan (ditambah lagi dengan populariti jenama Bata masa itu).