26 Mei 2013

Komik Batu Belah Batu Bertangkup

 4 komen

Khabarnya, gua Batu Belah Batu Bertangkup terletak di Kampung Batu Belah, Kapar, Klang. Lebih tepat lagi di sebidang tanah kini dijadikan kompleks Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah. Menurut sisipan Jurnal, akhbar kontemporari Malaysia, Kosmo, bertarikh 13 November 2011, halaman 46. Wartawan Kosmo iaitu Megat Lutfi Megat Rahim telah menebual salah seorang guru sekolah agama berkenaan iaitu, Cikgu Mohd. Faeez Mohd Yassin, 32, tentang nasib yang berlaku pada batu yang dimaksudkan itu. Menurut guru tersebut, tiada lagi bongkah batu besar yang boleh ditemui di kawasan sekolah itu melainkan saki-baki batu yang bersaiz kecil yang kini mejadi milik persendirian, ini kerana bongkah batu besar itu telah diletupkan (dibomkan) bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan sekolah baharu.

Pihak kontraktor sekolah pernah menawarkan untuk membina sebuah monumen sejarah berkenaan lokasi batu belah tersebut dan sejarahnya menggunakan batuan asal yang telah diletupkan, namun projek RM10,000 itu tidak dijalankan kerana mendapat bantahan kerana kos yang tinggi dan mengelakkan pemujaan.

Sebagai usaha lanjutan bagi memperingati nilai sejarah kawasan terbabit, terdapat 2 buah taman perumahan di pekan Kapar diberi nama sebagai Taman Bunga Melur dan Taman Seri Pekan sempena nama Si Bunga Melur dan Si Pekan. Lokasi kisah Batu Belah itu juga pernah dijadikan tempat bersejarah di bandar Klang diantara tahun 1980 hingga 1990.

Wallahua'lam

14 Mei 2013

Kepercayaan dan Pantang-Larang

 2 komen

Buku ini merupakan sebahagian dari Siri Kebudayaan Kita yang diterbitkan oleh Federal Publications pada tahun 1978. Ianya dikarang oleh Haji Mohtar bin Haji Muhammad Dom.

Buku ini memberi pengkhususan pada pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat dahulu kala. Ada diantaranya yang masih diamalkan hingga hari ini, namun tidak kurang yang tidak pernah teman dengorpon ade! :)

Bace boleh, percaye jangan komer weh! :)