9 September 2014

Stiker Majalah Didik - Minda Pelajar

 0 komen

Temanpon dah lupa akhbar Minda Pelajar ni. Tapi yang pastinya ia membantu pelajar menyiapkan diri mereka dengan akhbar ini. Ianya memuatkan tips, contoh soalan dan ruangan berkenalan.

Stiker ini disisipkan sekali dan ianya bertujuan menggalakkan pelajar2 sekolah yang menaiki bas agar duduk agar keselamatan mereka lebih terjamin.

4 September 2014

Poskad Pesta Flora 1998

 0 komen

Koleksi kali ini merupakan koleksi tahun 1998 dan ianya dalam bentuk poskad.

KUALA LUMPUR 5 Julai 1998 - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan perarakan flora sempena Pesta Flora '98 dari 5 hingga 12 Julai di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Sepuluh kereta berhias yang dihiasi dengan bunga-bungaan menjadi tarikan utama daripada 27 penyertaan yang mengambil bahagian termasuk pasukan pancaragam dan badan-badan kesenian.

Kira-kira 5,000 orang termasuk pelancong asing membanjiri Dataran Merdeka seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan tahunan itu.