Dizain ini sebenornye udah lame bersarang dalam kepale otak teman. Dulu pernah dibuat baju dizain ini namun dalam jumlah cetakan yang terhad. Kini dizain versi 2 menampilkan perkataan-perkataan baghu yang mungkin membuatkan anda dan rakan yang membacanya tertawa sendirian (faham atau tidak belakang ceghiter) Hehehe!
Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan
11 November 2011
Perak Postcards (1890s-1940s)
Satu lagi buku mengenai Perak teman ketengahkan kali ini. Buku ini mengumpulkan koleksi setem yang datangnya dari serata pelusuk dunia. Ada yang dari England, Amerika, Eropah, malahan Papan (nama satu tempat di Perak) sekalipun ada!
Keunikan buku ini disamping mempelajari gambaran suasana tempat dahulu kala, pembaca dilampirkan contoh sampel cop setem mengikut tempat di Perak. Turut disertakan pejabat pos dan tahun ianya mula beroperasi. Sepanjang pengamatan teman, buku ini mengandungi banyak gambar-gambar yang belum ada dalam buku-buku Perak yang teman miliki sebelumnya.
3 Oktober 2011
Berbangga dengan Dialek Negeri Sendiri
Loghat sesebuah negeri sering dijadikan pengenalan asal penuturnya. Malah hampir kesemua negeri di Malaysia ini boleh dibezakan melalui pengamatan slang dan gaya bahasa. Dialek yang dibukukan pula pasti menjadi rujukan berharga kerana selain boleh disimpan, ia boleh diwariskan kepada generasi mendatang.
Tak kesah le kome orang negeri mana sekalipun, wajib rasanya mempelajari dialek-dialek tradisi negeri agar terpelihara dan diamalkan. Tak guna negara kita maju namun penduduknya melupakan bahasa asal mereka. (so kurang2kan la perkataan-perkataan korunk, iteww, aq, gitew, diowunk, cayunk n dsb.) Geli weh!
Buku Dialek Perak ini teman perolehi hasil sumbangan ikhlas Pengurus Besor Yayasan Perak. Sebenornye buku ini teman temui di perpustakaan. Kerana minat sangat dengan buku ini, teman menghantor satu emel ke Yayasan Perak bertanyakan kewujudan buku ini dan ingin membelinya. Alhamdulillah pihak Yayasan sudi mendermakan buku ini kepade teman FOC!
21 Julai 2011
Perak: 300 Early Postcards
Satu lagi buku terbitan RNS (Raja Nazrin Shah) Publications menjadi koleksi teman. Buku "berjaket" ini sangat mengujakan kerana telah lama sekali teman mencari buku mengenai negeri kelahiran teman! Mujur Kinokuniya KLCC mempunyai stok!
28 Jun 2011
13 April 2011
Landmarks of Perak
Langgan:
Catatan (Atom)





