3 Oktober 2011

Berbangga dengan Dialek Negeri Sendiri

 5 komen

Loghat sesebuah negeri sering dijadikan pengenalan asal penuturnya. Malah hampir kesemua negeri di Malaysia ini boleh dibezakan melalui pengamatan slang dan gaya bahasa. Dialek yang dibukukan pula pasti menjadi rujukan berharga kerana selain boleh disimpan, ia boleh diwariskan kepada generasi mendatang.

Tak kesah le kome orang negeri mana sekalipun, wajib rasanya mempelajari dialek-dialek tradisi negeri agar terpelihara dan diamalkan. Tak guna negara kita maju namun penduduknya melupakan bahasa asal mereka. (so kurang2kan la perkataan-perkataan korunk, iteww, aq, gitew, diowunk, cayunk n dsb.) Geli weh!

Buku Dialek Perak ini teman perolehi hasil sumbangan ikhlas Pengurus Besor Yayasan Perak. Sebenornye buku ini teman temui di perpustakaan. Kerana minat sangat dengan buku ini, teman menghantor satu emel ke Yayasan Perak bertanyakan kewujudan buku ini dan ingin membelinya. Alhamdulillah pihak Yayasan sudi mendermakan buku ini kepade teman FOC!







Hebatnya sejarah dialek negeriku! Dibawa jauh digaul ketamadunan ampuh kujanji dijaga praktik sebaik mahu!

5 comments:

  1. wahhh!! hebat ler Aidil mana beli buku tu?

    BalasPadam
  2. Loghat Perok dengan loghat Pahang dekat nak sama jer bunyi nyer..betul tak?

    BalasPadam
  3. RRR: Beli di Kedai buku lama area KL ni juge ehee

    ABN: Memang hampir same :) in fact kawan teman sepejabat ni budak Pahang buleh sembang gune dialek Perak die paham je semedang hehe. Slamat datang ke KhutubKhanahku :)

    BalasPadam
  4. Hahaha..memang benor. Gaya cakap kita memang sama jeer..cuma kalau saya orang Temerloh nie gunakan "koi" sebagai "saya". Tapi kalau orang tua tu, saya ada dengar diaorang bahasakan "saya" sebagai "kome". Kan sama tu?

    BalasPadam
  5. Haah. Aje benor kate miker. Cume di Perak komer tu maksudnya korang (dalam kuantiti yg ramai)

    Koi tu memang common sampei kalo nyembang dengan org Pahang otometik 'teman' bertukor jadi 'koi' eheee

    Agak2 ape sebabnye yer? Oghang Perak n Pahang ni banyak buat exchange student ke zaman dulu2 tuh? Hahahahaha

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]