Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
13 September 2021
7 September 2021
Penghuni Kedua
Buku ini merupakan contoh bagaimana pengaruh novel genre seram mempelopori kedai-kedai buku hinggakan penerbit buku rujukan seperti Fajar Bakti turut berminat untuk menerbitkan naskah mereka sendiri.
29 Julai 2020
Korban Syaitan
Novel ini pernah teman baca masa di bangku sekolah rendah lagi. Namun pada 2019 teman menemuinya sekali lagi dan kali ini untuk dijual. Ianya diterbitkan oleh JAS Enterprise yang beralamat di Ulu Klang. Ianya merupakan cetakan pertama pada 1988.
18 Disember 2019
9 Disember 2019
7 Julai 2019
Balasan Ilmu Syaitan
Satu lagi koleksi novel seram dalam simpanan teman! Walopon keadaannye tak berape cun, diconteng pemilik terdahulu, namun teman akan tetap manyimpannye kerana isi kandungan dan kesusah payahan untuk memilikinya kini.
Novel seram ini sebahagian dari koleksi besor Tok Awang Ngah. Beliau merupakan salah seorang novelis seram yang terkenal (selain Tamar Jalis) di Malaysia. Buku ini diterbitkan pada tahun 1996. Dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil.
Ilustrasi dalamnya pula hitam dan putih dan dijual pada 1996 dengan harga RM2.50 je!
15 Mac 2018
Hantu Raya
Kali ini teman ingin mengetengahkan buku karya Tok Ngah iaitu Hantu Raya. Berdasorkan nama pengarang teman rasa ianya identiti yang berlainan sekali dari Tok Awang Ngah. Ilustrasinya pula ditandatangani dengan nama Yamim jika diperhatikan betul-betul.
20 Februari 2017
Hantu Raya Mengamuk
Hantu Raya Mengamuk merupakan antara karya Martiee Ayu Latifah. Jujurnya teman tidak memiliki banyak novel karya beliau. Namun disebabkan ianya dalam genre seram teman simpan naskah ini untuk kenangan. Ilustrasi luarannya menarik dan lukisan di halaman dalam juga boleh dikatakan tidak megecewakan.
17 Februari 2017
Beristerikan Hantu
Anjang Aki merupakan salah seorang pengarang yang pernah mewarnai dunia novel seram suatu ketika dulu. Walaupun tidak sepopular Tamar Jalis atau Tok Awang Ngah, karya beliau boleh dikatakan agak laris dan mendapat tempat di hati peminat novel seram ketika itu.
Novel ini diterbitkan pada 1995 oleh Artline Studio yang beralamat di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Ilustrasi pula oleh Yamin Daud. Ilustrasi pada cover amat menarik manakala di bahagian dalam agak biasa pada pandangan teman.
16 Februari 2017
Wanita Iblis
Novel seram kali ini merupakan karya Adi Isma. Ianya diterbitkan oleh Varia Cetak Sdn. Bhd. dan merupakan cetakan kedua pada tahun 1994. Menariknya stroke dan gaya ilustrasi yang disertakan hampir-hampir menyerupai ilustrasi dalam siri Bercakap Dengan Jin. Namun isi dalamnya tidak menyatakan siapakah pelukisnya huhuhu..
5 Januari 2017
Mayat Manusia
Sekitar era 1980an merupakan zaman kegemilangan majalah Info-Misteri seperti Variasari. Selain sisipan Siri Bercakap Dengan Jin yang sering diikuti ramai, novel genre seram turut menerima tempias kesan dari minat masyarakat untuk membaca genre ini.
Novel kali ini merupakan buah tangan Adi Isma dan diterbitkan oleh Variapop Group. Ianya diterbitkan pada 1986 dan diulangcetak pada 1996.
4 Januari 2017
Berkasih Dengan Pontianak
Koleksi kali ini merupakan sebuah novel seram karya Tok Unggal. Ianya dicetak kali pertama pada 1995 dan kemudiannya diulang cetak pada 1997. Nobel House yang beralamat di Jalan Pahang Kuala Lumpur pula menjadi penerbitnya manakala Syarikat SA Al Habsee pula menjadi pengedar tunggal novel ini.
Tiada ilustrasi dalaman disertakan bagi membantu pemahaman dan mewujudkan feel misteri namun cover halaman depannya agak seram (pada pandangan teman le).
30 Disember 2016
Memuja Roh
Novel seram kali ini merupakan karya Mas Joko. Ianya diterbitkan oleh Penerbitan Ibunda yang beralamat di Gombak Selangor. Koleksi ini merupakan cetakan pertama iaitu pada 1990. Menariknya dalam novel ini dinyatakan kredit lukisan kepada pemiliknya iaitu saudara Masdeen.
30 November 2016
Jin Tok Peran
Paparan hari ini mengetengahkan novel bertajuk Jin. Ianya karya novelis seram yang tidak kurang hebatnya iaitu Tok Peran . Disebalik ilustrasi kulit yang cantik (teman rasa menggunakan warna ayor) halaman dalamnya pula tidak disertakan sebarang ilustrasi bagi menggambarkan situasi tertentu. Ianya merupakan naskah cetakan pertama (1994) dan diterbitkan oleh Summer Slam Publishing yang beralamat di Batu Caves Selangor.
27 November 2016
Hitam Separuh Badan
Karya lagenda Tamar Jalis. Itu sahaja yang mampu diucapkan tentang koleksi ini. Koleksi ini merupakan buku ke 8 dalam siri ini dan dicetak pada 1991. Selain susun atur tulisan yang kemas dan agak kecil, ilustrasi yang disertakan juga menarik dan memberikan efek misteri pada halaman berkenaan.
22 November 2016
Mayat Hidup Kembali
Novel kali ini boleh dianggap berada di penghujung era populariti genre seram. Ianya karya Tok Ngah (mungkin menumpang populariti Tok Awang Ngah). Diterbitkan oleh Visi Mega Publications pada tahun 2005 dan beralamat di Cheras Selangor. Tiada ilustrasi di halaman dalam.
18 November 2016
Kematian Para Isteri Tanjung Temiang
Novel seram kali ini merupakan karya Ayo Samah. Dulu selalu terbaca nama ni tapi dah lupa plak di mana. Tiada ilustrasi disertakan dalam novel ini (agak pelik kerana kebanyakan novel seram di bawah terbitan Variapop akan mengandungi ilustrasi)
17 November 2016
Tangkal Ilmu Syaitan
Satu lagi novel seram Tok Awang Ngah. Merupakan cetakan kedua pada tahun 1997. Ianya diterbitkan oleh Mulya Utama Enterprise.
15 November 2016
Manusia Jelmaan Jadi Keluang
Koleksi kali ini merupakan satu lagi karya Tok Awang Ngah dan merupakan sebahagian dari siri Berkelahi Dengan Syaitan. Novel genre ini sangat popular sekitar tahun 90an. Ianya diterbitkan oleh Mulya Utama Enterprise dan merupakan cetakan ketiga pada tahun 1998.
8 November 2016
Haus Darah
Novel seram yang diterbitkan pada 1986. Ianya diterbitkan oleh penerbit Variasari iaitu Variapop Sdn Bhd dan beralamat di Jalan Raja Alang Kuala Lumpur. Tiada ilustrasi di dalamnya namun bagi pengemar novel seram ianya bukan alasan untuk mengenepikan buku ini.
Langgan:
Catatan (Atom)





