Memaparkan catatan dengan label Komik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komik. Papar semua catatan
11 Disember 2019
4 Ogos 2018
Kisah Betul Alan Foo
Komik kali ini merupakan kompilasi siri Kisah Betul oleh Alan Foo. Terlalu sikit info mengenai kartunis ini yang teman temui hasil carian online. Info yang ada hanyalah kulit luar hasil karya Ambo dan ianya mula dicetak pada 1997. Harga jualan pada waktu itu $6.90
26 Julai 2018
Atee Imuda
Tidak keterlaluan jika dikatakan Abdul Rahim Muda merupakan antara penghibur berbakat di tanahayor kita ini. Pelawak, pelakon, kartunis, penyanyi mahupun pelukis. Kesemuanya meninggalkan kesan mendalam pada peminat dan sesiapa sahaja yang menghayati karya seni beliau.
Komik Atee? ini merupakan karya terbaru dari Imuda. Pada teman ianya merupakan naskah tribute beliau pada arwah Pak Uda (Zami Ismail) selain mengubat rindu peminat pada karya beliau. Buku ini teman perolehi dengan belian ateh talian melalui FB.
Jom layan isi dalam komik ni :)
19 Oktober 2016
29 Ogos 2016
Kutu Bukan di Rambut
Komik kali ini merupakan koleksi Zainal Buang Hussein. Antara kartunis tersohor yang bernaung di bawah penerbitan Gila-Gila.
Siri Kutu merupakan "komik strip" yang disiarkan dalam setiap keluaran Gila-Gila dan koleksi ini diwujudkan bagi memberi peluang peminat komik memiliki buku khas yang mengandungi komik Kutu sahaja.
1 Julai 2016
Pendekar Mato Tige
Satu lagi koleksi kartunis Don yang bejaya dimiliki. Kali ini cetakan kedua dan dicetak pada 2009.
Dibeli di Pesta Buku PWTC.
16 Jun 2016
Batman - Bernafas Manhua
Komik ini diterbitkan pada 2003.
Ianya dilukis oleh Doug Moench dan Tony Wong.
Kombinasi yang unik dimana ianya menggabungkan elemen seni Barat dan Timur.
Sedikit sinopsis:
Apabila seorang pembunuh bersiri mula menggunakan komputer video cam live untuk menyiarkan hukuman ganas beliau, Batman perlu pergi ke Hong Kong untuk menghentikan pembunuhan kejam. Tetapi apabila Detective Darknight yang mendapat terperangkap di tengah-tengah persengketaan Kain dan Habel antara Ketua Polis Hong Kong dan pemimpin kongsi gelap tempatan, hanya harapan beliau beristirahat di tangan Malam Dragon misteri, super-hero asli Hong Kong.
27 Mac 2016
Jejak Jaguh Kungfu
Komik ini merupakan siri pendek dan diterbitkan dalam 3 jilid sahaja.
Ianya merupakan karya Wing Yan dan King Yung.
Ilustrasinya agak mengelirukan kerana memaparkan wajah Bruce Lee & Stephen Chow.
Mungkin atas dasar penghormatan ataupun senahagian wataknya dicipta berdasarkan wajah ikon-ikon ini
21 Mac 2016
Jengking Mania
Jengking Mania merupakan 1 lagi karya Hui King Sum, kalau x silap kisah ini berlaku slepas Jengking Merah beku di episod terakhir.. (komik oleh Tony Wong)
Dalam Jengking Mania ada watak Jengking Merah juga, tapi bukan Taiyi dan terdapat 13 manusia parasit generasi baru dalam siri ini
Jangan silap kerana ianya bukan sambungan dari siri Jengking Merah sebelum ini
Pendek kata ianya hasil garapan idea 2 kartunis berbeza namun berbaloi disimpan sebagai koleksi
Langgan:
Catatan (Atom)

