Memaparkan catatan dengan label Lat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lat. Papar semua catatan

13 September 2019

Majalah Pentas - Lat

 0 komen

Majalah Pentas diterbitkan setiap 3 bulan. Naskah yang teman paparkan kali ini mengenengahkan Dato Lat sempena berlangsungnya teater Kampung Bot The Muzikal di Istana Budaya pada 2011. 8 tahun berlalu...

23 April 2014

Nokia Lat

 0 komen

Berita lama yang baru ditemui! Lama bersarang diselongkar kembali! Mana tahu ketemu nanti!

Lat & Gempak!

 0 komen

Dah lama majalah Gempak ni tersimpan di bawah katil bujang teman. Mujor le xkokak dek anai-anai :D

Another tribute to you Lat!

2 Julai 2012

Buku Kelentong

 1 komen


Satu lagi hasil karya Dato' Lat yang berjaya teman kumpol. Kali ini hasil meronda di sekitar Shah Alam.
Buku ini dihasilkan bagi menberi oanduan kepada pengguna akan bahayanya Skim Cepat Kaya.

29 Julai 2011

Setem Filateli Lat

 2 komen
Siri setem filateli Lat ini dilancarkan pada 2 Disember 2008 di Times Square Kuala Lumpur.
Teman walaubagaimanapun hanya memperolehinya setahun kemudian dari seorang pengumpul melalui Mudah.my (nama maaf teman dah lupa).

Dengan harga yang amat berbaloi, khazanah berharga tinggi (pada teman le) pun bertukar tangan. Teman rasa bertuah kerana pemilik asal koleksi ini mengumpul kesemua koleksi yang dijual pada hari berkenaan. Dari setem, sampul, hinggalah ke flyers iklan minggu setempun dikumpul dan dijual sekali. Terima kasih sangat-sangat! Moh layan koleksi setem Lat!



Sampul setem filateli.

15 Julai 2011

Koleksi Lat The Muzikal

 0 komen
Selain membeli buku edisi terhad Lat, pengunjung yang datang ke Istana Budaya juga berpeluang membeli koleksi kenang-kenangan sempena pementasan berkenaan. Ini sebahagian daripadanya



Dari kiri ke kanan, atas ke bawah:
Buku Atucara Program, Risalah Iklan Pementasan, Tiket, Rantai Kunci,
Tali Lanyard, Bekas Alat Tulis, Mug

11 Julai 2011

Koleksi Buku Lat

 16 komen
Alhamdulillah.. setelah lama mengumpul, ada le sedikit buku-buku Lat yang teman miliki.


9 Julai 2011

Poskad Lat

 0 komen
Cash On Delivery. Teman jumpa iklan poskad ni dalam Mudah.my dan dengan pantasnya menelefon tuannya dan berjumpa di Kelana Jaya. 11 keping semuanya. Menurut pemilik poskad ini, koleksi ini dihadiahkan oleh ayahnya semasa beliau masih kecil (tak hairan le udah desaturated warna belakang kad ni!)


8 Julai 2011

Lat - 30 Years Later

 9 komen
Pengalaman Lat selama 30 tahun "berkartun" di garap dan disusun kemas dalam buku ini. Antara buku yang Lat sendiri katakan sukar ditemui lagi. Buku ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ianya Antara buku yang diterbitkan oleh Kampung Boy Sdn. Bhd. iaitu Lat sendiri. Jumlah yang amat terhad menjadikannya lebih berharga dan sangat sentimental.





7 Julai 2011

Lat - Pameran Retrospektif

 2 komen
Sebelum ni member teman si Nazari Ibrahim kabor die sampei ke Pahang mencari buku ni (kalo xsilap le). Alhamdulillah jodoh teman dan buku ni tak sejauh itu. Pesta Buku 2010 menemukan kami di PWTC dan syukur, harganya tak semahal mana. Jom belek-belek buku ni..
















6 Julai 2011

Lat - From Kampung to Town

 4 komen
Tempoh 16 Mac - 5 April 2011 merupakan tempoh paling mengembirakan teman! Kisah hidup Lat akan didramakan! Terima kasih tak terhingga pada adik Lat sendiri, Muhammad bin Mohd Khalid @ Mamat Khalid atas jemputan menonton bersama beliau. (Yeay!)

Selain dari pementasan, buku keluaran khas lagi terhad ini turut dicetak semula. Namun ianya lebih unik kerana dikotakkan khas dan dicetak hanya 1000 naskah sahaja! Alhamdulillah dengan bantuan rakan kelab penyokong bolasepak Perak, Mr. Mustafa Zahari, teman berjaya mendapatkan buku ini. Nomborpon cantik - 0110 / 1000.


Kotak keras yang mengumpulkan dua buku komik tersohor Malaya

5 Julai 2011

Mug Lat - KLCC

 0 komen
Hari Raya 2009 KLCC diserikan dengan pameran suasana raya Lat di ruang legarnya. Para pengunjung KLCC yang berbelanja RM250 ke atas akan mendapat hadiah mug KLCC - Lat ini. Tapi teman dapat bukan sebab shopping, orang rumah beli dari ofismate die yg kebetulan dapat free. Thank you soooo muchh!!! :X


* Aku kalau ke KLCC tuh takat beli buku je mampu la.. hehehehehe

4 Julai 2011

Tabung Lat - Planta

 2 komen
Planta merupakan antara jenama marjerin terkenal di Malaysia. Sempena ulangtahunnya yang ke 80, satu tin kenang-kenangan telah dikeluarkan oleh Planta. Dan kartun Lat telah dipilih sebagai penghias tabung duit ini.


3 Julai 2011

Tabung Lat - Sardin

 0 komen
Tabung Lat ini merupakan keluaran khas sempena ulangtahun kemerdekaan ke-50 Malaysia (tahun 2007).



Di hadapannya gambor rekaan biasa bagi mana-mana tin sardin, tapi di belakangnya terdapat kartun Malaya sebelum dan selepas Merdeka.

2 Julai 2011

Mug Lat - Esso

 1 komen
Sebahagian koleksi Lat teman dijumpai secara belian atas talian. Begitu juga koleksi mug ini.






1 Julai 2011

Kadfon Lat

 0 komen
Masih ingatkah kome pada memori tahun 80-an hingga 90-an? Antara memorinya pasti membeli kadfon bagi menggantikan syiling. Teknologi ini kian dilupakan kini namun masih ada penggemar yang mengumpulnya kerana corak / tema kad berkenaan.