Copyright © Kutub Khanahku
15 Mei 2014

Jengking Berlawan

Komik Jengking Merah mula diterbitkan dalam Bahasa Malaysia pada bulan Disember 1995. Watak utamanya ialah Taichiro dan musuh utamanya ialah Win.

Temanpon udah lame sampai xingat storyline komik ni (balik nanti boleh la start baca balik) :p


6 Mei 2014

Detik Berkenalan Dengan Lobo

Selain Dato' Lat, Gayour merupakan seorang lagi kartunis yang teman minati. Lakaran watak Mat Rock dan awek cun melecun (seperti Melissa) sangat2 teman kagumi. Ujang keluaran Mac 1995 ini merupakan edisi yang memperkenalkan teman dengan watak Lobo - seorang hero yang anti-hero. To hell with saving heroins or ladies whatsoever, Lobo can stand being alone! Trademark hooked chains dan kasut bertengkorak itu kekal dalam memori teman hingga kini yeah!!!

Jom baca lagi!!!

5 Mei 2014

Iklan Usop Sontorian

Pada zaman teman di bangku sekolah rendah, kefeymesan majalah Ujang memang tiada tolok bandingnya. Baik di sekolah rendah mahupun sekolah agama rakyat, ada saja kelihatan majalah ini di mana-mana. Penerbitnya pulak pada masa itu Kharisma Publications (kini MOY).

Selari dengan kepopularitian Ujang masa itu, Kharisma Publications dengan kembang lubang hidung meleborkan sayap mereka dengan mengeluorkan francise komik untuk kanak2 - Usop Sontorian

Jom baca lagi!