Memaparkan catatan dengan label Nusantara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nusantara. Papar semua catatan

15 September 2021

Himmah Ar-Rijal

 0 komen


Kali ini teman mengetengahkan komik baharu karya kartunis Keladi. Selama ini beliau di bawah MOY terkenal dengan siri Pendekar Tangan Berapi. Trademark beliau adalah karektor yang bercirikan nusantara, selain menggunakan nama-nama dan stroke2 yang sinonim dengan dunia kemelayuan.

26 Mei 2013

Komik Batu Belah Batu Bertangkup

 4 komen

Khabarnya, gua Batu Belah Batu Bertangkup terletak di Kampung Batu Belah, Kapar, Klang. Lebih tepat lagi di sebidang tanah kini dijadikan kompleks Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah. Menurut sisipan Jurnal, akhbar kontemporari Malaysia, Kosmo, bertarikh 13 November 2011, halaman 46. Wartawan Kosmo iaitu Megat Lutfi Megat Rahim telah menebual salah seorang guru sekolah agama berkenaan iaitu, Cikgu Mohd. Faeez Mohd Yassin, 32, tentang nasib yang berlaku pada batu yang dimaksudkan itu. Menurut guru tersebut, tiada lagi bongkah batu besar yang boleh ditemui di kawasan sekolah itu melainkan saki-baki batu yang bersaiz kecil yang kini mejadi milik persendirian, ini kerana bongkah batu besar itu telah diletupkan (dibomkan) bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan sekolah baharu.

Pihak kontraktor sekolah pernah menawarkan untuk membina sebuah monumen sejarah berkenaan lokasi batu belah tersebut dan sejarahnya menggunakan batuan asal yang telah diletupkan, namun projek RM10,000 itu tidak dijalankan kerana mendapat bantahan kerana kos yang tinggi dan mengelakkan pemujaan.

Sebagai usaha lanjutan bagi memperingati nilai sejarah kawasan terbabit, terdapat 2 buah taman perumahan di pekan Kapar diberi nama sebagai Taman Bunga Melur dan Taman Seri Pekan sempena nama Si Bunga Melur dan Si Pekan. Lokasi kisah Batu Belah itu juga pernah dijadikan tempat bersejarah di bandar Klang diantara tahun 1980 hingga 1990.

Wallahua'lam

21 Februari 2012

Komik Sejarah Lagenda Melayu

 7 komen

(Sila kelik gambor bagi saiz yang besor)

Sekitar tahun 1995 hingga 1999, Creative Enterprise atau dengan nama glamournya Gila-Gila mengeluarkan komik-komik cerita lisan Melayu. Banyak cerita yang terkandung dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) diterbitkan semula seperti:-

(Dari kiri, atas)
Mahsuri - Dang Anum - Puteri Lindungan Bulan - Malim Dewa
Puteri Gunung Ledang - Raja Bersiung - Laksamana Bentan - Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Badang - Si Bongkok Tanjung Puteri - Batu Belah Batu Bertangkup - Hang Nadim
Merong Mahawangsa - Tun Fatimah - Bawang Putih Bawang Merah - Tun Kudu
Tun Perak - Tun Teja

Koleksi inipun teman tak pasti samada lengkap atau tidak :)

15 Ogos 2011

Siri Cerita Jenaka Untuk KBSR

 10 komen

Menyebut nama-nama Lebai Malang, Pak Kadok, Pak Pandir dan Si Luncai sudah pasti ada diantara kita yang tersenyum. Apa tidaknya, watak-watak ini seringkali digambarkan sebagai malas, kurang cerdik, mudah ditipu dan sering menyusahkan orang lain. (maaf kalau ada yang nama sama).

Sekitar tahun 80-an inilah antara kaedah menasihati anak-anak pada masa dahulu - melalui cerita. Pengajaran yang diselitkan dalam sesuatu cerita kadangkala memberi kesan (mungkin kanak-kanak zaman dulu mudah menerima melalui kaedah pembacaan). Justeru itu banyak sekali buku-buku bercorak nasihat dan pengajaran dalam Bahasa Melayu diterbitkan.

Tengok sahaja cerita animasi Gagak Mengisi Air dalam Takar, Hikayat Sang Kancil oleh Finas. Semuanya bukti Bahasa Melayu mendapat tempat yang tinggi pada masa itu. Jom layan buku jenaka kali ini!