21 November 2011

Anglophone English Course

 0 komen

Sekitar tahun 1980-an penguasaan Bahasa Inggeris sangat berguna buat kanak-kanak. Justeru itu pelbagai cara digunakan bagi meningkatkan penguasaan pelajar mahupun golongan dewasa. Antara produk yang berada di pasaran ketika itu ialah produk dari Anglophone Learning Center - English Course.

17 November 2011

Teman Orang Perak

 0 komen

Dizain ini sebenornye udah lame bersarang dalam kepale otak teman. Dulu pernah dibuat baju dizain ini namun dalam jumlah cetakan yang terhad. Kini dizain versi 2 menampilkan perkataan-perkataan baghu yang mungkin membuatkan anda dan rakan yang membacanya tertawa sendirian (faham atau tidak belakang ceghiter) Hehehe!

11 November 2011

Perak Postcards (1890s-1940s)

 1 komen

Satu lagi buku mengenai Perak teman ketengahkan kali ini. Buku ini mengumpulkan koleksi setem yang datangnya dari serata pelusuk dunia. Ada yang dari England, Amerika, Eropah, malahan Papan (nama satu tempat di Perak) sekalipun ada!

Keunikan buku ini disamping mempelajari gambaran suasana tempat dahulu kala, pembaca dilampirkan contoh sampel cop setem mengikut tempat di Perak. Turut disertakan pejabat pos dan tahun ianya mula beroperasi. Sepanjang pengamatan teman, buku ini mengandungi banyak gambar-gambar yang belum ada dalam buku-buku Perak yang teman miliki sebelumnya.

Siri Buku Penyiasatan

 6 komen

Sekitar tahun 80-an, siri komik penyiasatan sangatlah popular di kalangan kanak-kanak pada masa itu. Pengaruh dari siri-siri Nancy Drew, Hardy Boys begitu berpengaruh hingga jika ada tips atau langkah melepaskan diri yang diketengahkan di dalam buku berkenaan pasti akan ada yang cuba menirunya.