21 November 2011

Anglophone English Course

 0 komen

Sekitar tahun 1980-an penguasaan Bahasa Inggeris sangat berguna buat kanak-kanak. Justeru itu pelbagai cara digunakan bagi meningkatkan penguasaan pelajar mahupun golongan dewasa. Antara produk yang berada di pasaran ketika itu ialah produk dari Anglophone Learning Center - English Course.


Set lengkap ini dibeli Mak ketika teman di bangku sekolah rendah (kira-kira tahun 1989) dan ianya pada teman satu pendekatan baru pada masa itu. Menggunakan konsep dengar dan belajar, radio dan kaset digunakan pada masa yang sama dengan harapan pelajar akan lebih faham apabila contoh dinyatakan di telinga mereka.



Maklumlah pada zaman itu pengaruh radio sangat tinggi dan tidak hairan jika produk ini menjadi buah mulut kebanyakan sekolah yang ingin membantu pemahaman yang lebih pantas di kalangan pelajarnya. 10 buku dan setiapnya disertakan 1 kaset iringan selari dengan kandungan modul buku.




0 comments:

Catat Ulasan

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]