26 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya Dari Majalah Gila-Gila dan Minyak Rambut Code10

 1 komen


Satu masa dulu (kini pon ade lagi tapi mungkin tak semeriah dulu) kad ucapan raya memang menjadi medium memperingati satu sama lain di hari lebaran. Dari kad wangi, kad bermuzik, semuanya ada! Belum kira saiz. Ada yang sekecil buku 555 hingga ke saiz A3pon ade!

Kali ini teman nak berkongsi dengan komer sekeping kad raya dari Gila-Gila.

Kad ini agak istimewa kerana ditaja oleh Code10. Satu jenama minyak rambut yang agak terkenal dahulu (kini masih ada rasanya). Lebih menarik lagi di kad ini ada check-box bagi pengirim menujukan permohonan maaf beliau kepada siapa dengan pilihan (Ayah, Ibu, Abang, Kakak, Adik, Pakwe, Makwe, Atuk, Opah, Cucu, Musuh dan lain-lain!)


Jadi buat masa seminggu, ini merupakan entry terakhir teman.
Di kesempatan ini juga teman dan isteri menge"wish" pembaca-pembaca sekalian:

Selamat Hari Raya AIDILfitri
Maaf Zahir dan Batin

Moga 1 Syawal dirai penuh makna, doa dan takwa, insyaallah

1 comments:

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]