13 Jun 2013

Gayour - We Rock!

 6 komen

Sebut saja nama Gayour semua peminat komik akan membayangkan kartun dengan
imej rock, rambut panjang, kasut high-cut atau boot koboi dan memakai baju karekter-karekter ganas
(Lobo, Pitt, Judge Dredd, Eddy Iron Maiden dan bermacam lagi).

Aweknya pulak kecik manis dengan mata besor bujur bak daun sirih, bibir
seksi umpama kartun Zainal Buang Hussein.

Itu antare seni trademark hamba Allah yang berasei dari Bahau Nogori Sombilan ni.
Ironinya beliau dan Lat memiliki persamaan - berkarya melalui medium kartun, tetapi mengikuti laluan storyboard luar dari normal.


Lat memilih untuk mengetengahkan kehidupan zaman kanak-kanaknya manakala Gayour mempersembahkan dunia rock (yang pernah dilaluinya kot!) dan ternyata kedua-duanya mempunyai peminat saknika usia mahupun golongan. Malah ada yang mengatakan karya Bersama Selamanya Gayour boleh dijadikan buku panduan (read-along) sambil menonton filem Rock - Mamat Khalid kerana senario dan scene yang dibawa kedua-duanya hampir sama dan mengimbau banyak kenangan dan memori muda-mudi masa itu!

Walaupun telah bertukor majikan, namun Gayour tetap Gayour. Menafikan beliau bukanlah seorang rockers (beliau hanya meminati muzik rock) namun karya beliau sentiasa sinonim dengan identiti rockers dan pada teman tak susah mengenal karya beliau!

Melalui kartun Gayour teman mengenali Manowar, Suicidal Tendencies, Slayer, Motorhead, Burzum, Cannibal Corpse, Megadeth, Cinderella dan banyak lagi - those which I'll cherished selamanya!

Gelihati - Gila-Gila - Ujang - Karangkraf

Itu lipatan sejarah Gayour selama lebih 20 tahun melakar dan mewarna coretan karya buat tatapan peminat. Paling teman kagum beliau lebih menggemari teknik mewarna tradisional berbanding digital yang banyak digunakan hingga kini. Tengok sahaja siri komik Slash dan komer akan paham dan mengerti seni warna manual beliau.

Terima kaseh Gayour!
Terima kaseh kerana karya miker selalu membuat teman tersengih melihat lawak Dollah dan Mat Tepet (yang masih teman baca ulang-ulang hingga kini)
Terima kaseh kerana berani menjadi unik dalam karya miker!
Terima kaseh kerana mewarnai dunia komik (tak kira BolehLand or NOT!)

and Thanks for leading us to misunderstandingly the MISTAKEN IDENTITY of yours!
God Bless!



6 comments:

  1. tak tau...tak tau..... kekekek..sape2 yang tak paenah bace karya die ni mmg tak kool..... dan hidup bawahtempurung la kot.... semoge dia teghoih berkarya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekekek.. miker jkk suropon layan ke D? hahaha

      Padam
  2. weeeeeeeeeeeeeeeeewwwwwwwwww!!!

    rock le!

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]