5 Januari 2017

Mayat Manusia

 1 komen

Sekitar era 1980an merupakan zaman kegemilangan majalah Info-Misteri seperti Variasari. Selain sisipan Siri Bercakap Dengan Jin yang sering diikuti ramai, novel genre seram turut menerima tempias kesan dari minat masyarakat untuk membaca genre ini.

Novel kali ini merupakan buah tangan Adi Isma dan diterbitkan oleh Variapop Group. Ianya diterbitkan pada 1986 dan diulangcetak pada 1996.

4 Januari 2017

Berkasih Dengan Pontianak

 0 komen

Koleksi kali ini merupakan sebuah novel seram karya Tok Unggal. Ianya dicetak kali pertama pada 1995 dan kemudiannya diulang cetak pada 1997. Nobel House yang beralamat di Jalan Pahang Kuala Lumpur pula menjadi penerbitnya manakala Syarikat SA Al Habsee pula menjadi pengedar tunggal novel ini. 

Tiada ilustrasi dalaman disertakan bagi membantu pemahaman dan mewujudkan feel misteri namun cover halaman depannya agak seram (pada pandangan teman le).