4 Ogos 2011

Majalah Rileks! Dalam Kenangan

 17 komen

Majalah Rileks! mula diterbitkan pada Mei 1997. Harga pengenalannya pada masa itu $4.90. Walaubagaimanapun keluaran seterusnya dikurangkan menjadi $4.50.

Majalah ini menggunakan tagline "Majalah Syok Masa Depan, Kebanggaan Rakyat Malaysia" dan beberapa keluaran kemudiannya berkukar menjadi "Majalah kartun tempatan paling berkualiti" dan memang tidak dinafikan, Rileks! dalam kelas tersendiri pada masa itu! Malahan majalah Gempak pernah menyiarkan satu artikel mengenai komik-komik yang pernah ada di Malaysia namun tidak lagi dan menyifatkan Rileks! jika masih wujud merupakan kuasa besar dalam industri komik tempatan.

Seperti yang anda boleh lihat, Rileks! lebih mengutamakan personaliti terkenal sebagai "promoter" di muka hadapan setiap keluaran. Antara yang menjadi "mangsa" termasuklah KRU, Farra, Ziana Zain, Ning Baizura, Amy Search, Awie, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Kamelia, Imuda, M. Nasir, Slam dan kumpulan A To Z

Teman melayan Rileks! kerana dua komik hebatnya. 2020 dan Lagenda Kuasa.
Nak tahu kenapa komik-komik ini hebat? Lihat gambar-gambar di bawah ni!



2020





Lagenda Kuasa





Pada keluaran ke 10, harga majalah ini telah dinaikkan menjadi $4.90, dan kemudian kualiti kertasnya juga terpaksa dikurangkan hasil kegawatan ekonomi pada masa itu.

Dan dalam keluaran terakhirnya ke15 (1 Julai 1998), Mr. Rileks menulis nota perpisahan di muka hadapan berbunyi, "Bukan menggulung tikar. Tapi hanya rileks untuk sementara. Setahun... barangkali dua tahun...! Yang pasti bila kekalutan ekonomi reda... kami gerenti kembali!", "Walau pun kami tidak dapat menemani anda lagi mulai bulan depan, apa yang kami harap... anda tetap sokong barangan buatan Malaysia".
Sob.. Sob.. Sob..




Dan hingga kini penantian itu belum pernah hilang.....

17 comments:

  1. pernah baca tp tak pernah beli..kualiti mmg terbaik

    BalasPadam
  2. Majalah yang mesti beli dulu selain Majalah Ujang (masa kartunis Ujang)...

    Sampai hari ini masih tertunggu2 kesudahan cerita didalamnya terutama 2020... lagi satu mamat yang ada jambul tu...lupa nama dia...

    - Kelkatu

    BalasPadam
  3. matakucing:
    Memang super. bila lama-lama tengok terkenang memori kumpul duit nak beli dulu hahahah. Siap menabung tuh

    kelkatu:
    balik nanti teman cekkan ape ke name kartun tuh. loser yg blajor boxing semata2 nk ngorat awek skolah dia xsilap teman haha

    BalasPadam
  4. majalah ni berjaya gak buat kami kat UJANG tak berapa rileks dengan penerbitannya dengan komik manual yang hebat. pesaing yang tak boleh dipandang remeh tapi akhirnya tak mampu meneruskan perjuangan.

    ia menjadi sejarah dalam penerbitan majalah humor/komik BolehLand.

    BalasPadam
  5. UJANG dalam kelas tersendiri gak masa tuh. kadang2 sampai bergaduh dengan abah sebab beli komik punya banyak tiap2 bulan. Mujor mak ade bekappp!!!!

    BalasPadam
  6. Salam... Saya ada request ni.

    Saya nak beli no 14 & 15 tu.

    Nak jual tak?

    BalasPadam
  7. apa yang terjadi pada citer 2020 tu ye. saya hanya sempat membaca sehingga penjahat mula melancarkan roket tu je. . pastu tak ada dah.. huhu.. sangat berbangga kepada tuan punya badan yang menyimpan koleksi komik ini. mmg terbaik! SYABAS!!

    BalasPadam
  8. ahhh...sobs sobs..komik ni antara yg paling susah aku nak pilih bila nak beli..sebab masa tu, nak beli kena pow abah..so kena pilih antara rileks dengan gempak..tapi beli yang ni lagi berbaloi sebab kualiti kertas power, kualiti kartun pun power..kagum gila dengan komik 2020 sebab menggambarkan masa depan..dah lah cakap BM..haha..rindu gila..kalau nak pergi rumah tuan tumpang baca balik boleh?;-)

    BalasPadam
  9. serius suka giler dengan 2020.. sangat2 berharap malaysia jadi macam tu... huhuhu menangis bila ingatkan balik detik baca komik tu

    BalasPadam
  10. tgh cari no.11.. tahu tak sapa2 nak jual?

    BalasPadam
  11. ada sesiapa yg nk jual kolesi rileks ni? dulu ada dlm simpanan . x sangka di makan anai2 ...sedih oooo...

    BalasPadam
  12. melangkui zamanla komik ni lukisan dia giler lawa ...

    BalasPadam
  13. sape² nk jual majalah rileks blh whatsapp sya .. 01139900342

    BalasPadam
  14. Mohon buat/scan dalam bentuk PDF, buat dalam bentuk subscription komik online. Mesti ramai yang nak baca & langgan.

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]