1 Ogos 2018

Trading Kad Team Pepsi

 0 komen

Sekitar tahun 1990-an, Pepsi telah memulakan kempen kolaborasi dengan pemain-pemain bolasepak tersohor dunia. Kempen berkenaan dijayakan lagi dengan kerjasama KFC dan Pizza Hut yang menghidangkan air minuman berkenaan dalam hidangan mereka.

Pemain dipilih berdasorkan populeriti demer pada masa tu. Lihat aje Ronaldinho dalam gambor ni, punye le muda, rambut pon pendek lagi. Del Piero masih lagi bercinta dengan Juventus, Dwight Yorke, Davor Suker, Rivaldo & Roberto Carlos di kemuncak karier di kelab masing-masing, Beckham masih lagi jadi Brylcreem Boy MU masa ni.

Tapi paling mencuri tumpuan teman masa ni pastinya Fernando Redondo aka Midfield General Real Madrid masa itu. Biasanya berambut panjang. Tapi dalam kad ni dh pendek - maknanya masa ni beliau dapat national callup dari Daniel Passarella masa tu kalo tak silap.

Kalau tak silap teman selain kad, terdapat juga cenderamata lain yang boleh dikumpul seperti topi dan mug. Tapi masa ni faktor kewangan membataskan teman - kumpul kad je la. (Kenangan makan KFC di Bukit Mertajam)

Google punya Google jumpa la link ni


Ade demer juei. Teman? Idak le hehehe







Ni ade sikit iklan Team Pepsi yang teman jumpe di Youtube :)








0 comments:

Catat Ulasan

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]