Koleksi paling dikehendaki peminat-peminat cerita hantu tanah air. Diterbitkan secara sisipan dalam majalah Variasari sekitar tahun 80-an hingga penghujung 90-an, siri ini kemudiannya dijilid atas permintaan ramai peminat. Sayang sekali majalah Variasari tenggelam selari dengan perubahan zaman dan Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) turut menerima kesan.
(Kelik gambor untok paparan nyegholang besor)
SBDJ mengisahkan pengalaman Tamar Jalis (TJ) yang berasal dari Bruas Perak berkelana bersama Datuknya ke pelosok Tanah Melayu membongkar misteri alam ghaib dengan gaya dan olahan bahasa yang sangat menarik. Boleh terbayang setiap scene yang diceritakan beliau kerana penceritaannya terperinci dan mudah difahami.
Tidak hairanlah jika satu masa dahulu kedai-kedai buku baik yang tersohor mahupun sekitar hentian bas, pasti akan menjual buku-buku seram. Sambutannya sangat hebat!
Siri yang terjilid hanya 16 siri. Namun siri penuh hanya TJ yang tahu. Namun teman bersyukur sebab diizinkan untuk menemui koleksi ini dan InsyaAllah akan menjaganya sebaik mungkin.
Bagi yang ingin membacanya secara online, anda boleh layari laman web di bawah:
+ http://tamarjalis.blogspot.com
+ http://tamarjalis.wordpress.com
+ http://komunitisbdj.multiply.com
Usah biarkan diri anda diselubungi.... Misteriii...... >:)
gile nakot siri becakap dengan jin ni. tapi teman ada satu kemusykilan pasal datuk si tamar jalis. terer nak mampus! habih bapak jin dilempangnye! tak penahnye kalah.
BalasPadamSBDJ udah dichetak semula tapi dalam bentok novel. Xminat nak beli ke bro? hehehe
BalasPadamOk
BalasPadam