Siri setem filateli Lat ini dilancarkan pada 2 Disember 2008 di Times Square Kuala Lumpur.
Teman walaubagaimanapun hanya memperolehinya setahun kemudian dari seorang pengumpul melalui Mudah.my (nama maaf teman dah lupa).
Dengan harga yang amat berbaloi, khazanah berharga tinggi (pada teman le) pun bertukar tangan. Teman rasa bertuah kerana pemilik asal koleksi ini mengumpul kesemua koleksi yang dijual pada hari berkenaan. Dari setem, sampul, hinggalah ke flyers iklan minggu setempun dikumpul dan dijual sekali. Terima kasih sangat-sangat! Moh layan koleksi setem Lat!
Sampul setem filateli.
Flyers mengenai Minggu Setem 2008 yang diadakan di Times Square pada masa itu
(Ateh) Flyers info mengenai Kampung Boy
(Bawah) 4 sampul surat beserta setem bernilai RM 5 dan RM 0.50
(ditandatangani Lat sendiri)
7 jenis setem Kartun Malaysia - Lat yang dikeluarkan
Sarung setem Lat
Setem bernilai RM 0.30 dan ditandatangani Lat sendiri
Kalau diingat balik, zaman pengumpul setem konvensional dan moden sudah berubah. Dahulu pengumpul setem akan memproses setiap sampul surat yang diterima dan mengasingkan setem yang dikirim bagi dijadikan koleksi.
Pengumpul zaman kini lebih gemar mengumpul / menunggu sesuatu acara / keraian dan membeli setem yang dikeluarkan pada masa acara berkenaan berlangsung. Contohnya setem kenang-kenangan hari pertama. Mungkin disebabkan emel telah mengambil-alih tempat surat di hati penggunanya.
Apa-apapun koleksi setem ini seharusnya dihargai dan disimpan sebaiknya oleh peminat-peminat setem dan Lat terutamanya!
sayangnya teman tak dapat kumpul stem khas dato lat ni. ARGHHHH! tengok kamu punye je la yop oii!
BalasPadamdalam mudah.my ade dijual lagi bro. tapi xsure full set ke idak
BalasPadam