Koleksi kali ini agak sentimental kerana ianya peninggalan arwah bapak mertua teman.
Dan mujur le mak mertua teman tak terniat nak membuangnya!
Sebelum ada Yahoo Messenger mahupun Skype, sebelum zaman MIRC, semasa model telefon bimbit yang ada hanyalah Nokia Mobira (besar ya amat), sewaktu beratur di telefon awan suasana normal buat komuniti Tanah Melayu masa itu, buku ini amat membantu.
Saiznya sengaja direka kecil dan comel agar muat kemas di poket mahupun beg duit pemiliknya. Inilah Yellow Pages individu mana-mana orang ketika itu. Tidak keterlaluan dikatakan kehilangan buku ini ibarat kehilangan telefon bimbit pada zaman sekarang! Hahahaha!
Setiap kali edisi 'bumper' atau istimewa, pasti ada 'hadiah' bagi pembeli majalah. Semuanya propaganda penarik agak keluaran bulan berkenaan laku. Dan buku ini sebahagian daripada 'hadiah' percuma berkenaan.
Di era awal 2000 masih ada lagi buku ini dan direvolusikan dengan penambahan ruangan emel namun perkembangan pesat teknologi telefon semakin lama menghakis keperluan memiliki buku ini. Malah tiang telefon awam juga sukar ditemui kini. Yang tinggal hanya kenangan bergayut menelefon awek hingga ditegur pengguna yang beratur di belakang. Tersengih sendirian teman dibuatnya!
Kene simpan ni Edel....... rare ni..... bukan senang ndak dapat lagi ni..... aku udah tuko address blog kamu dah....ate blog yang lame tu aktif lagi ke idak???
BalasPadamBlog lame udah teman terminetkan. Sebab udah ghoper bayor lesen tv. Space storage tetap same. Leceh kalo akan datang nk upgrade kene tambah duit lagi. Buat yg fri camni je le penyudahnye huhu
BalasPadamminggu depan awok pos gem kad yg kome smue gilekan! Nantikan! Hehehehe
wahhh... sangat cool!!! saya sedang berjalan jalan di belog ini!
BalasPadamterima kasih sudi singgah di blog ku.. =)
salam kenal..
Terima kaseh kembali cik Kella.
BalasPadamSalam perkenalan :)
Bestnyer..ada jugak dalam simpanan ye?
BalasPadam@Rahmah RR
BalasPadamAde kak mah. belom tenguk koleksi kotak mancis arwah lagi.
Kotak mancis KFC pon ade! siap 6 no. telefon. temenung mase mule2 mak mertue amanah simpankan :)