10 Ogos 2011

Cinta Gadis Bunian

 5 komen



Dalam banyak-banyak kartun yang ada dalam majalah Apo? antara yang menjadi ikutan ramai semestinya siri komik ini. Boleh dikatakan hasil karya agung kartunis Sireh pada pandangan teman le. Teknik ala catan warna air yang dipersembahkan sangat-sangat lain daripada stail kartunis-kartunis lain. Sireh dalam kelasnya yang tersendiri dan sesuai dengan jalan ceritanya yang turut larut ke dalam alam misteri ini bagaikan kena temanya!

Dikisarkan sekitar pengalaman Wak Said mengembara ke alam bunian, Sireh menterjemahkan karya ini ke dalam bentuk kartun bagi dikongsi dengan pembaca majalah Apo? ketika itu. Tengok sajalah warna scheme yang digunakan memang mulanya agak pelik. Ye la, mana ada manusia mukanya biru! Namun lama-kelamaan mood yang dicalit pada helaian demi helaian mula dihadam akal.




Intro pengenalan




Saat pertemuan dengan awek misteri. Hehehe


Penamat edisi vol. 1 Cinta Gadis Bunian


Lampiran khas bersama Wak Said


Sudah lama koleksi vol. 1 ini diterbitkan, namun hingga kini belum ada lagi sambungannya (tak tahu la pulak kalu ada tapi teman tak beli). Kalau korang lihat gambar muka hadapan sekali tercatat vol. 1 of 2. Kecewa betul banyak koleksi-koleksi Ujang dan Apo? yang sebenarnya tamat namun bila dijilid tidak hingga ke episod akhir. Bila ditanya di laman Facebook, mereka membisu dan mengabaikannya.

5 comments:

  1. dah xde lagi buku ni...sangat menarik dan sy minat buku2 yang bergenre misteri cmni...

    BalasPadam
  2. @sury

    hehe mungkin ada tapi gaya bahasa, karekter dan jalan ceritanya berbeza :)

    BalasPadam
  3. kat mana lagi nk carik agaknya kan...

    BalasPadam
  4. @sury

    bulan lepeh teman ade jumpe kat area KL. Tapi xingat belah mane kedainye pulak. Tp mmg condition agak lusuh. N bile la Ujang / Apo nk siarkn kesudahan koleksi CGB ni kan? Hehehe

    BalasPadam
  5. Saya pun ada satu. Pernah juga mengalami hal mistik gadis bunian masa form 4...

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]