16 Ogos 2011

Haiwan dan Kisahnya

 2 komen

Sejak kecil lagi teman memang dipenuhi buku-buku berkenaan haiwan. Ditambah lagi dengan abah teman yang bekerja di Jabatan Perhutanan, dunia haiwan seakan dekat dengan teman. Buku masa itu kebiasannya hanya memberikan gambar dan nama haiwan berkenaan.

Kira-kira usia teman 9 tahun (darjah 3), keluarlah iklan majalah bersini Animal World ini di muka akhbar. Apa yang teman ingat ialah memori mengumpul wang saku semata-mata ingin membeli majalah ini.

Isu pertama dijual pada harga 95sen (kalau tak silap). Keluaran kedua pada harga $2.90. Keluaran ketiga dan seterusnya pula pada harga $5.90. Keluaran pertama pembeli "dihadiahkan" dengan sebatang pen (tiada dalam gambar dan beberapa keping poskad haiwan - ada dalam gambar atas)







Sebahagian dari majalah bersiri ini yang teman miliki

Apa yang menarik tentang majalah ini pada teman ialah ketelitian maklumat dan susunan kitar hidup yang lengkap dipaparkan. Bermula dari saat kelahiran, membesar, mengawan, mengusai jajahan, mengawan, mati, kesemuanya disusun dan dipapar kemas - sesuai untuk semua individu yang ingin mengenali haiwan dengan lebih dekat. Sayang masa tu duit tak berapa banyak, dan hanya ini koleksi yang teman mampu kongsi dengan anda semua, buat masa kini :)

2 comments:

  1. padan le......
    ooooo....
    takpele....
    paham dah le....
    ngape ....

    BalasPadam
  2. yeah! gua beli dan kumpul animal world ni sebagai rujukan. best!

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]