7 September 2011

Tandoori Greatest Hits

 3 komen

Satu lagi koleksi tak kering gusi oleh kartunis Nik. Dan jujur teman rasakan beliau patut bangga dengan watak Murahguru Tandoori Payat ini kerana keunikan dan kelucuannya akan senantiasa kekal dalam ingatan pambaca-pembacanya. Buku ini mengumpulkan sebahagian besar kartun Murahguru dalam bentuk yang sama seperti koleksi sebelum ini namun kelihatan strok dan line Nik lebih kemas dan licin (faktor pengalaman)





Watak Murahguru Tandoori Payat ini sebenarnya sangat universal kerana Nik boleh menggunakannya dalam sebarang adaptasi yang ingin dilakukannya. Sekaligus menaik tarafkan lagi watak kartun ini :)


Lawak istilah-istilah Yoyo yang popular satu ketika dulu


Teknik membuat sluar jeans


X-Men juga tak terlepas di"bahan" oleh Murahguru

3 comments:

  1. Salam aidil. Selamat Hari raya aidil fitri dari saya.Terimakasih kerana turut membaca ondscene.
    Blog kutubkhanah makin menarik saya baca, kerana banyak bahan2 nostalgia yang dipaparkan, yg satu ketika dulu pernah mewarnai kehidupan ini. Terimakasih dan tahniah kerana mengumpul bahan2 entry yg kini menjadi sejarah itu.Teruskan berblog. Saya selalu membaca entry di sini. Tahniah sekali lagi

    BalasPadam
  2. As-Salam kembali Inche' Sham.

    Terkesima sebentor teman membace komen inche'. Temanpon dulu silent reader blog ondscene. Baghu-baghu ni je yang galak semangat nak mendaftar dan mengomen. Terima kaseh ateh dorongan yang pastinye membakor semngat teman untok teghoih berkongsi cebisan memori buat tatapan semua, insyaallah

    Moga ondscene teghoih malatop!

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]