11 Mei 2012

Komik Tun Fatimah

 1 komen

"Bagai kerdip bintang dia muncul mempertahankan maruah bangsa"

Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan merupakan anaknda perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adiinda bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.

Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang ketiga. Beliau berketurunan Tamil Muslim, merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adinda bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir adalah salah seorang Bendehara Melaka pada waktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Mereka adalah keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga kakak kepada Bendehara terkenal iaitu Bendahara Tun Perak).

Tun Fatimah sudahpun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali. Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu.

Tun Fatimah melahirkan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, di antaranya adalah Raja Ala'uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar'Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 - 1601(Raja Muda Mahkota Melaka) dan Raja Raden Ali yang memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.

Jom lihat hasil lukisan dalam komik ini






1 comments:

  1. salam...boleh tolong postkn lgi tntng tun fatimah dan komik ini dalam bentuk yg lbh jlas....sya skrng ini lakukan kajian tentang tun fatimah....dalam bentuk komik ini..

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]