5 Julai 2012

Tiket Menonton Filem Angkasa 1993

 0 komen

Pada tahun 1993 (teman berumor 11 tahon), satu rombongan sekolah ke Kuala Lumpor telah dianjurkan. Happy alang kemain le hati ni. Ye le, buat kami orang-orang kampun ni, peluang melawat ke kota besor sangat la terhad. Kemungkinan yang adapon sedara mara kahwin, tak pon ada saudara mara yang dimasukkan ke hospital akibat sakit teruk.

So berbalik pada lawatan ni tadi, antara lokasi yang kami lawati masa tu ialah Zoo, Muzium dan Planetarium Negara. Masa ni Menara Kuala Lumpurpon xsiap lagi (pilingpon belum tentu mula idak haha). Kebetulan di dalam Planetarium pada masa tu mengadakan Tayangan Filem Angkasa.

Berasaskan skrin berbentuk semi-bulatan, paparan filem dipancarkan dari bawah menghala ke atas. Lengkungan ini pula menjadikan filem yang dipaparkan seakan hidup. Filem yang ditayangkan masa itu mengisahkan dunia haiwan. Dan setiap kali scene gambar melalui helikopter merentas savannah, setiap kali jugah teman kagum dan terpesona dengan teknologi ketika itu :)

P/S: Sayang tiket ni tak dicop tarikh dan masa, jika tak pasti
menimbulkan lagi memori waktu berkasut Aliph ketika itu!

0 comments:

Catat Ulasan

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]