9 September 2014

Stiker Majalah Didik - Minda Pelajar

 0 komen

Temanpon dah lupa akhbar Minda Pelajar ni. Tapi yang pastinya ia membantu pelajar menyiapkan diri mereka dengan akhbar ini. Ianya memuatkan tips, contoh soalan dan ruangan berkenalan.

Stiker ini disisipkan sekali dan ianya bertujuan menggalakkan pelajar2 sekolah yang menaiki bas agar duduk agar keselamatan mereka lebih terjamin.

4 September 2014

Poskad Pesta Flora 1998

 0 komen

Koleksi kali ini merupakan koleksi tahun 1998 dan ianya dalam bentuk poskad.

KUALA LUMPUR 5 Julai 1998 - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan perarakan flora sempena Pesta Flora '98 dari 5 hingga 12 Julai di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Sepuluh kereta berhias yang dihiasi dengan bunga-bungaan menjadi tarikan utama daripada 27 penyertaan yang mengambil bahagian termasuk pasukan pancaragam dan badan-badan kesenian.

Kira-kira 5,000 orang termasuk pelancong asing membanjiri Dataran Merdeka seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan tahunan itu.

22 Ogos 2014

Mastika 1972

 0 komen
Majalah lama kali ini merupakan Mastika keluaran Februari 1972.
Muka hadapannya pula memaparkan gambar Sheikh Mujibur Rahman - seorang pemimpin parti di Bangladesh.

Gelas Kemerdekaan

 0 komen

Gelas ini teman perolehi di Muar Johor. Ianya merupakan gelas kenang-kenangan sempena
Kemerdekaan Tanah Melayu @ Malaya.

Jika diperhatikan bintang yang dilukis pada logo ini mempunyai 11 bucu.

15 Mei 2014

Jengking Berlawan

 9 komen
Komik Jengking Merah mula diterbitkan dalam Bahasa Malaysia pada bulan Disember 1995. Watak utamanya ialah Taichiro dan musuh utamanya ialah Win.


Temanpon udah lame sampai xingat storyline komik ni (balik nanti boleh la start baca balik) :p



6 Mei 2014

Detik Berkenalan Dengan Lobo

 0 komen

Selain Dato' Lat, Gayour merupakan seorang lagi kartunis yang teman minati. Lakaran watak Mat Rock dan awek cun melecun (seperti Melissa) sangat2 teman kagumi. Ujang keluaran Mac 1995 ini merupakan edisi yang memperkenalkan teman dengan watak Lobo - seorang hero yang anti-hero. To hell with saving heroins or ladies whatsoever, Lobo can stand being alone! Trademark hooked chains dan kasut bertengkorak itu kekal dalam memori teman hingga kini yeah!!!

Jom baca lagi!!!

5 Mei 2014

Iklan Usop Sontorian

 0 komen

Pada zaman teman di bangku sekolah rendah, kefeymesan majalah Ujang memang tiada tolok bandingnya. Baik di sekolah rendah mahupun sekolah agama rakyat, ada saja kelihatan majalah ini di mana-mana. Penerbitnya pulak pada masa itu Kharisma Publications (kini MOY).

Selari dengan kepopularitian Ujang masa itu, Kharisma Publications dengan kembang lubang hidung meleborkan sayap mereka dengan mengeluorkan francise komik untuk kanak2 - Usop Sontorian

Jom baca lagi!

We Rock

 0 komen

Antara kartunis awal yang mengertai Ujang selain Aie, Gayour boleh diumpamakan tulang penggerak majalah Ujang selain kelas yang tersendiri dengan mengetengahkan komik genre Rock! Hell yeah!!!

4 Mei 2014

Sticker Kelakar AIDS

 0 komen

Walaupun ilustrasi yang dipaparkan agak ganas, namun stiker ini lebih berfungsi dengan menasihati dalam keganasan.Namun hingga kini xde kredit untuk kartunis yang melakar set sticker ini mahupun memberi ideanya. Layankan aje le komer

Jom tengok lagi stiker ni!

3 Mei 2014

Produk Din Beramboi

 1 komen

Karya TOP merupakan sebahagian daripada "segmen" dalam majalah Ujang. Keluaran kali ini memaparkan beberapa "produk harian" Din Beramboi. Cuba sambil tengok tu komer teka apa nama produk sebenor sebelom diparodikan hehehe

Jom lihat lagi stiker lain dalam siri ini!

2 Mei 2014

Stiker Dragon Ball Z

 0 komen

Kartun yang tidak asing lagi bagi komer yang sebaya dengan teman. Selain animasi dan adaptasi, karya agung Akira Toriyama ini telah dipelbagaikan lagi bentuknya buat tatapan dan koleksi peminat. Teman memiliki beberapa koleksi ini yang diwarisi dari arwah bapak mertua.

Nengok tahun je dah teman tecengang - 1989! Umor teman 7 tahun tuh!

Jom baca lagi!

30 April 2014

Rock Will Never Die

 0 komen
Satu lagi kenangan bersama kartunis rock, Gayour. Never bored, never failed, ever inspiring art!
Karikatur imej rock dengan maskot Lobo pada baju dan badan gitar serta jaket dengan logo Punisher. Boot high cut pula sangat kena dengan imej Rockers ketika ini!

For Those About To Rock We Salute You!!!

28 April 2014

Stiker PST

 1 komen
Stiker ini sudah berusie 18 taon.
Ianya merupakan antare kaedah penarik pembeli disamping promosi.

23 April 2014

Nokia Lat

 0 komen

Berita lama yang baru ditemui! Lama bersarang diselongkar kembali! Mana tahu ketemu nanti!

Lat & Gempak!

 0 komen

Dah lama majalah Gempak ni tersimpan di bawah katil bujang teman. Mujor le xkokak dek anai-anai :D

Another tribute to you Lat!

14 Mac 2014

Buku ini WAJIB bagi komer yang lahir sekitar 1980an!

 1 komen
Tengok cover depanpon sudah menyentuh hati. Inikan membacanya. Karya Kumar. N ini walaupun tidak segah Kampung Boy, namun isinya mampu menggamit seribu memori terutama sekali yang pernah melaluinya. Diterbitkan pada 2011 tidak menghalang memori Kumar sama sekali untuk menterbalikkan masa menyelak helaian demi helaian kembali ke era 1980an.

13 Mac 2014

Burger Jalanan Rocks!!!

 1 komen

Poster ini hasil karya Gayour dan disisipkan percuma dalam majalah Ujang
(bulan dan tahun teman lupe!)

1 Mac 2014

Kasut Carefree

 5 komen

Kasut ini meninggalkan banyak memori, baik memori ke sekolah mahupon memori bermain sepak takraw!


No siri Made in China serta kemasan logo di bahagian buku lali (bagi jenis high-cut)