14 Mac 2014

Buku ini WAJIB bagi komer yang lahir sekitar 1980an!

 1 komen
Tengok cover depanpon sudah menyentuh hati. Inikan membacanya. Karya Kumar. N ini walaupun tidak segah Kampung Boy, namun isinya mampu menggamit seribu memori terutama sekali yang pernah melaluinya. Diterbitkan pada 2011 tidak menghalang memori Kumar sama sekali untuk menterbalikkan masa menyelak helaian demi helaian kembali ke era 1980an.


Bahagian indeks buku

Kumar mengimbau kenangannya membesor di Beruas - sebuah pekan yang agak asing bagi orang yang belum mengenali peta negeri Perak namun percayalah sebelum Ipoh, di sinilah kerajaan alama Perak bermula (era Gangga Negara dahulu)

Ingatan beliau juga cukup kuat hingga mampu mengingati persekitaran kawasan Buntong

Pekan Buntong pula sering diibaratkan sebagai pekan koboi kerana isu gangsterisme satu tika dulu

Tiang serong penampung atap ini amat sinonim di sekolah sekolah kebangsaan di era itu :)

Anda pasti kan tersenyum melihat helaian ini jika pernah melaluinya :)

Satu lagi landmark Ipoh

Bapa Kumar bekerja sebagai posmen. Ini rekabentuk rumah kuarters pada masa itu.
(Nak tengok rupa sebenor rujuk filem Rock Oo!)

Urusniaga membeli laksa sedang berjalan!

Ini antara pengembaraan Kumar dan rakan-rakan! Best!!!

1 comments:

  1. mabeles.... tapi abang ni sombong le.. tak singgah pun kat blog sayaa...

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]