Koleksi kali ini merupakan koleksi tahun 1998 dan ianya dalam bentuk poskad.
KUALA LUMPUR 5 Julai 1998 - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan perarakan flora sempena Pesta Flora '98 dari 5 hingga 12 Julai di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Sepuluh kereta berhias yang dihiasi dengan bunga-bungaan menjadi tarikan utama daripada 27 penyertaan yang mengambil bahagian termasuk pasukan pancaragam dan badan-badan kesenian.
Kira-kira 5,000 orang termasuk pelancong asing membanjiri Dataran Merdeka seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan tahunan itu.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Sabbaruddin Chik hadir pada perarakan itu yang bertemakan ''Sukan dan Aktiviti Santai''.
Dr. Mahathir turut menyampaikan hadiah kepada lima kereta berhias terbaik bagi kategori khas organisasi.
Anugerah Perdana diraih oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Frazer, Pahang yang mempamerkan konsep kesinambungan warisan gemilang dan aktiviti masa lapang di negeri itu.
Kereta berhias flora Pahang itu mendapat tepukan gemuruh apabila para penari pengiringnya mempersembahkan tarian asli Joget Pahang serta penampilan artis popular, Erra Fazira.
Anugerah Tema jatuh kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan tema 'Melangkah Ke Milineum Baru' yang menggambarkan aspirasi negara untuk melangkah ke arus industri menerusi Koridor Raya Multimedia.
Anugerah Kreatif dimenangi kerajaan negeri Pulau Pinang yang berkonsepkan 'Pulau Pinang Boleh' dengan menggambarkan perlawanan tinju antara orang utan (maskot Sukan Komanwel) dengan singa (United Kingdom) sambil haiwan-haiwan lain menonton sama.
Bagi Anugerah Khas Perarakan, ia dimenangi oleh Penerbangan Malaysia (MAS) yang tampil dengan konsep kecanggihan teknologi maklumat menerusi 'Mat Siber' dengan aktiviti masa lapang yang popular masa kini dengan cara yang lebih menarik.
Anugerah Juri pula diraih oleh Majlis Perbandaran Shah Alam yang menggambarkan reaksi kemeriahan dan semangat kesukanan menerusi perlawanan bola sepak, badminton dan golf.
Turut menerima cenderamata khas ialah Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur, Kentucky Freid Chicken Sdn. Bhd., kerajaan negeri Johor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan.
Acara itu dimulakan pada 1991 sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti pelancongan.
Sementara itu, Sabbaruddin ketika ditemui pemberita selepas acara itu berkata, penyertaan tahun ini lebih baik dengan pertambahan 10 peserta bagi kereta berhias berbanding hanya enam peserta tahun lalu.
Menjawab soalan pemberita, beliau berkata, persoalan sama ada gawat ekonomi atau tidak, kerajaan perlu membuat promosi pelancongan kerana ini satu daripada cara negara mengatasi kegawatan ekonomi.
''Hasil pendapatan dari sektor pelancongan, kita jangka akan bertambah sebanyak RM10.5 bilion berbanding tahun lepas.
''Selain itu, bilangan pelancong yang melawat negara ini juga dijangka bertambah 6.8 juta pelancong berbanding 6.2 juta pelancong tahun lepas,'' katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz3Ch1Zsvue
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Catat Ulasan
Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..
Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]