29 Disember 2015
18 Disember 2015
Siri Bersama Selamanya Pulang Ke Gagang
Kali pertama nyembang dengan Gayour! Sebelum ni pernah selisih dua tiga kali tapi tanpa buku dan spontan. Tapi kali ini berbeza.
Anugerah Kampung Boy menjadi majlis pertemuan ini.
Walopon tak dijangka semudah ini (faktor kemungkinan crowd ramai) namun teman tetap teruja!
Mujor teman datang awal ke majlis ini (majlisnya malam dan teman datang petang) dan Gayour salah seorang dari ahli jawatankuasanya - semestinya beliau akan bermundar-mandir di majlis ini!
Tq Gayour! It's nice talking to you!!!
17 Disember 2015
Aku dan Sesuatu
Siri Blues Untuk Aku (BUA) diterbitkan kalo tak silap teman sekitar 1997 - 2000 dimane Aie mase tu bekerja di bawah Ujang. Namun ateh sebab yang tak diketahui umum (tapi rasenye pandangan Aie tentang isu ni dizahirkan dalam siri-siri terakhir BUA) Aie meletak jawatan dari Ujang. Siri berkenaan kemudiannya disambung oleh kartunis lain namun stroke dan gaya penulisan yang cuba di"tiru" xbeghape menjadi :)
Aie kemudiannye menubuhkan Unlimited Productions bersama rakan kongsinya iaitu En. Nazan Mohd. Noor. Dan dari sharikat ini lahir le satu lagi komik baghu beliau ‘Aku dan Sesuatu’.Komik ni hanya dapat dikeluarkan sebanyak 29 keluaran dan berakhir pada tahun 2003.
Koleksi ADS versi saez besor (keluaran 1-8)
Koleksi ADS (versi full color)
Sebahagian dari illustrasi dalam ADS
10 Ogos 2015
Buku Pengajaran Kanak-Kanak
Lama sungguh menchari buku dengan ujaan lama sebegini.
Alhamdulillah walaupun berusia lebih 30 tahun buku ini dibeli dalam keadaan yang baik sekali.
Ianya diterbitkan oleh McGraw-Hill dan dichetak pada tahun 1971.
Pengarangnya pula ialah Abd. Kadir bin Abdu. Rahman
Pengarangnya pula ialah Abd. Kadir bin Abdu. Rahman
Seperti kebanyakan buku kanak-kanak, fokus utama buku seperti ini adalah memberi pengajaran dan mendidik kanak-kanak.
8 Ogos 2015
Lambok - Lawak Antara Benua
Buku ini merupakan koleksi terbaru Lambok.
Kali ni teman xbeli di Pesta Buku seperti selalu tapi oder online di bekazon.com
5 haghi dah sampei ke meja di opis. Senang sikit kojer hehe
Kali ni teman xbeli di Pesta Buku seperti selalu tapi oder online di bekazon.com
5 haghi dah sampei ke meja di opis. Senang sikit kojer hehe
Dan seperti biase Lambok xpeghonah mengecewakan
Cuma pada pendapat teman koleksi kali ni ada menyelitkan
karya-karya awal Lambok dalam majalah Apo?
karya-karya awal Lambok dalam majalah Apo?
5 Ogos 2015
Bedtime Stories Vol. 1
Koleksi Bedtime Stories oleh Lambok Vol. 1.
Sebelum ni teman ade juga review koleksi pertama Bedtime Stories cek sini.
Koleksi ini boleh dikatakan 75% hampir sama dengan koleksi sebelum ini
cuma ditambah dengan beberapa koleksi terbaghu oleh Lambok.
Sebelum ni teman ade juga review koleksi pertama Bedtime Stories cek sini.
Koleksi ini boleh dikatakan 75% hampir sama dengan koleksi sebelum ini
cuma ditambah dengan beberapa koleksi terbaghu oleh Lambok.
4 Ogos 2015
Gila-Gila #777
Keluaran Gila-Gila kali ini merupakan edisi terhad.
Ianya dikeluarkan oleh Creative Enterprise sempena keluaran ke 777 Gila-Gila.
Sebanyak 1000 naskah telah dicetak.
200 naskah pertama dicetak dan diberikan nombor beserta sijil keaslian RM150.
Baki 800 naskah lagi tidak bernombor dan dijual pada harga RM50.
Pada masa entri ini dibuat pembelian hanya boleh dibuat di Galeri Petronas KLCC.
14 Julai 2015
23 Jun 2015
Edisi Pengenalan Majalah Bintang Kecil
Kali ini teman bertemu edisi pengenalan majalah Bintang Kecil keluaran Mei 1989.
Ianya merupakan keluaran "promosi" dan diberi sebagai sisipan percuma dalam majalah Nona.
Antara permainan kegemaran kanak-kanak perempuan masa itu - permainan tukar pakaian :)
Ada ruangan temubual lagi kt bahagian belakang
25 Mac 2015
Memuja Roh
Novel seram amat popular sekitar tahun 80an hingga awal 90an. Antara pengarang yang tersohor masa tu antaranya Tamar Jalis, Tok Awang Ngah, Tok Awang Jambi dan Tok Kelana.
2 Mac 2015
Komik Seram - Reptilia
Komik "Reptilia" ini teman perolehi dari lelongan seorang kawan. Ianya merupakan karya Kazuo Umezu dan diterbitkan oleh IDW Publishing. Selain pelukis manga, beliau juga seorang ahli muzik dan pelakon.
Versi asal komik ini dalam bahasa jepun ialah HebishÅjo ataupun Snake Girl dan diterbitkan pada 1966 sebelum diterjemahkan pada 2007.
Langgan:
Ulasan (Atom)


























