25 Julai 2012

Biduan Silam R. Azmi Dalam Kenangan

 2 komen


Teman mula mengenali R. Azmi dari abah kerana beliau amat meminatinya! 



Tidak akan terduga oleh kita di sebalik nama besar dan tersohor ini beliau sebenornye meninggal dalam keadaan yang daif dan menyedihkan (macam Allahyarham Ahmad Nisfupon ade)


R Azmi.. dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah.
Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri
dalam bidang seni. Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan
rakyat pada zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.

Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio,
Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu. Pada zaman kegemilangan
filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.
Pernah dari Klang ke Melaka untuk buat persembahan dgn berbasikal.

Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya
menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya
iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan
Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu. R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor. 

Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya.
Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari
tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.

Sumber teks di bawah dipetik dari blog FILEMKLASIKMALAYSIA

HINGGA kini, tidak ada penyanyi dapat menandingi kemampuan R. Azmi menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan berlirikkan Bahasa Melayu dengan baik dan mempunyai ramai peminat.

Keunikan suaranya itu memang sesuai menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan dan kerana itulah lagu-lagu nyanyiannya tetap hidup segar dan akan terus kekal lama seperti juga lagu-lagu nyanyian P. Ramlee.

Saya pernah bertemu dengan R. Azmi ketika Abah saya menyewa rumah di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Pada masa itu, dia tidak lagi aktif dalam filem dan menyanyi dan tinggal disebuah rumah berhampiran iaitu rumah kepunyaan saudaranya.

Pada masa itu tahun 1961 dan lagu "Gelora" yang dipetik dari filem "Seniman Bujang Lapok" nyanyian P. Ramlee dan Saloma sedang menggila.

R. Azmi sering keluar mengikut satu jalan ke arah Chow Kit Road (pulang pun mengikut jalan yang sama) dan apakah yang dilakukannya pada masa itu tidak dapat dipastikan tetapi yang nyata popularitinya sudah dan semakin merosot.

Sejak keluar dari Singapura pulang ke Malaysia, R. Azmi tidak lagi aktif merakamkan suaranya ke piringhitam dan apa yang dapat diketahui untuk meneruskan hidup sehariannya dia hanya bergiat mengadakan pertunjukan hiburan di pentas-pentas Funfair.

R. Azmi (Raja Azmi Raja Ambiah), berketurunan keluarga Di-Raja Perak, lahir di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1923. Tarikh tepat tidak diketahui.

Dia lebih senang menjadi rakyat biasa dan pergi ke Singapura menceburkan diri dalam filem sebagai penyanyi (playback singer) di studio MFP Jalan Ampas bermula dengan filem "Noor Asmara" (1949) menyanyikan lagu "Bunga Ros" bersama P. Ramlee, Lena dan S. Hamid.

Kemudian R. Azmi menggunakan suaranya untuk filem-filem "Aloha", "Berdosa", "Bapa Saya", "Jiwa Lara", "Permata Di-Perlimbahan", "Sedarah", "Yatim Piatu", "Chemburu", "Ayer Mata" dan "Sangsara".

Ketika menyanyi suaranya digunakan oleh Osman Gumanti, S. Roomai Noor, Nordin Ahmad, Yusof Latiff dan Ahmad Mahmood.

P. Ramlee tidak pernah menggunakan suaranya dalam filem tetapi ada antara lagu-lagunya nyanyian dalam filem oleh P. Ramlee dinyanyikannya semula di piringhitam dan ada pula lagu-lagu R. Azmi dalam filem dinyanyikan semula P. Ramlee di piringhitam.

Contohnya "Tasik Madu" ("Aloha"), dalam filem nyanyian R. Azmi dan Lena di piringhitam P. Ramlee dan Lena.

"Kelasi" dan "Mesra Ibu" (dalam filem "Sedarah") nyanyian P. Ramlee apabila di piringhitamkan R. Azmi menyanyikannya.

Begitu juga "Saling Kasih" ("Sedarah") dinyanyikan bersama oleh P. Ramlee, R. Azmi dan Lena apabila di piringhitamkan hanya R. Azmi saja menyanyikannya.

Dalam filem "Pulau Mutiara" semua lagu nyayian Osman Gumanti menggunakan suara R. Azmi apabila di piringhitamkan P. Ramlee menyanyikannya - "Memikat Hati", "Asmara Murni" dan "Bayangan Wajahmu" - ketiganya berpadusuara dengan Rubiah.

Begitu juga "Bapa Saya", lagu di filem menggunakan suara R. Azmi tetapi memandangkan P. Ramlee lebih komersil suaranya digunakan di piringhitam menyanyikan lagu "Corak Dunia", "Tinggal Impian" dan "Kerana Budi", ketiganya berpadusuara dengan Momo.

R. Azmi menampakkan kecenderungan lebih sebagai penyanyi berbanding pelakon. Ini ternyata sekian lama berada di studio MFP Jalan Ampas dia cuma berlakon empat filem saja - "Bapa Saya", "Shorga Dunia" dan "Anjoran Nasib" (ketiganya arahan B.S. Rajhans) serta "Tas Tangan Wanita" diarahkan oleh L. Krishnan.

Agak menarik setiap filem lakonannya, R. Azmi tidak pernah menyanyi menggunakan suaranya tetapi digunakan oleh Osman Gumanti ("Bapa Saya" dan "Tas Tangan Wanita"), "Anjoran Nasib" kesemua nyanyian dikuasai oleh P. Ramlee dan "Shorga Dunia" tidak dapat dipastikan kerana filemnya ghaib.

Syarikat-syarikat piringhitam seperti HMV, Columbia, Pathe dan Parlophone menampakkan tidak berminat R. Azmi menyanyikan lagu-lagu filem, mereka lebih senang dia menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan.

Lagu-lagu filem kebanyakannya dirakamkan oleh P. Ramlee, dan jika ada pun R. Azmi merakamkan lagu-lagu filem disebabkan P. Ramlee menghadapi masaalah kontrak, contohnya dari filem "Penghidupan" - "Cinta Berahi" dan "Penghidupan Baru" (berpadusuara dengan Rubiah) dan "Sedarah" - "Kelasi" dan "Mesra Ibu".

Dari segi perniagaan (komersil) lagu-lagu filem, nyanyian P. Ramlee mendatangkan banyak keuntungan manakala lagu-lagu berirama Hindustan, R. Azmi jauh ke depan.

Itulah sebabnya R. Azmi lebih banyak menumpukan kepada lagu-lagu berirama Hindustan untuk rakaman piringhitam berbanding lagu-lagu filem, bukan atas sebab-sebab lain.

Satu lagi perkara menarik, R. Azmi tidak pernah menjadi playback singer dalam filem-filem Cathay Keris dan Merdeka Studio apatah lagi berlakon.

R. Azmi mengikat kontrak sebagai playback singer dengan Shaw Brothers pada tahun 1951, dan merupakan penghuni awal di rumah berek Boon Teck Road bersama Siput Serawak, S. Roomai Noor, P. Ramlee, Osman Gumanti, Rokiah, Neng Yatimah dan D. Harris.

Disamping itu, dia juga turut membantu teman-temannya hingga memperolehi kejayaan antaranya Omar Rojik dan Ghazali Sumantri.

Sepanjang yang diketahui, R. Azmi tidak pernah berkahwin. Ada cerita menyatakan, dia pernah bercinta dengan puteri raja tetapi percintaan tersebut menemui kegagalan.

Paling menyedihkan R. Azmi pergi menemui Tuhannya dalam kedhaifan dan sebatang kara di persinggahannya yang terakhir di Kelang, Selangor pada 28 Februari 1974 kerana sakit lelah semasa usianya masih dianggap muda, 51 tahun.

R. Azmi telah menjadi pujaan beribu-ribu malahan berjuta-juta peminat dengan lagu-lagu dan lakonan filem-filemnya tetapi berada di kamar sepi dalam kesepian apabila nyawanya sudah sampai ke penghujung.

Kaum keluarga tidak ada, hanya beberapa peminatnya saja berada disisinya.

Mungkin kerana itulah, mengapa R. Azmi menulis lirik dan menyanyikan lagu yang ada sangkutpaut dengan nasibnya sebagai seorang penyanyi.

Beginilah nasib
Menjadi seorang penyanyi
Di bawa orang ke sana ke mari
Menjual suara hai denganlah menyanyi
Buat menghibur hati yang sunyi
Menjadi penyanyi bukannya mudah
Mengikut lagu irama jiwa
Ada yang memuji ada yang mengeji
Beginilah nasib menjadi penyanyi

2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi maklumat mengenai allahyarham R.Azmi.
    Nama sebenar beliau adalah Hj Muhammad bin Jalalludin, nama R Azmi hanya nama glamour, keluarganya (anak abg beliau yg sulung, Hj Mansor bin Jalalludin ada di Kg Teluk Berembang, Lubik Cina, Melaka. Ada yg bernama Azmi, lahir 27 jan 63, sempena nama beliau. Adik beradik beliau semua bermula dgn huruf Z, kecuali Azmi bin Mansor. Tuan boleh hubungi beliau utk info mengenai R Azmi.

    BalasPadam
  2. Guru besar klang selangor yg di maksudkan adalah seorg guru pesara cikgu abdul hamid b abd kadir yg masih sihat sekrg di usia 85thn arni...

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]