30 Julai 2012

Kaset Pegangan Hidup Hamka

 1 komen
Beliau meninggal pada tahun 1981 jadi rakaman kaset ini semestinya lebih awal dari itu!
(Tua dari teman usia nya!)


Pengaruh Dr. Hamka sangan luas hinggakan ke Malaysia di mana ramai sekali peminat allahyarham dan hingga kini ceramah dan kuliah beliau dijadikan rujukan.

Kucing Production merupakan label rakaman pada masa itu :)


Sedikit info dari Wikipedia

Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah
(lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada
17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau.Beliau hanya belajar setakat gred 2.Namun,ketika beliau berumur 10 tahun,ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang.Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab.Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo,cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah,sastera,sejarah,dan politik.Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee. Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun.Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia.Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam,Merdeka,Menara,Pemandangan,Gema Islam,Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat,bida'ah,thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia.Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah,Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.

Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia. Sepanjang hidup beliau,Hamka merupakan seorang yang petah berpidato,berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia.

1 comments:

  1. Tidur seperti Melayu,Makan seperti Melayu,Marah seperti Melayu,sopan seperti Melayu..berbahasa Melayu Maka dia adalah dari Bangsa Melayu.

    Buya Hamka..

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]