31 Julai 2012

Kaset Panca Sitara

 2 komen
Kaset generasi ke IV Panca Sitara.
Al-Fatihah buat 4 ahlinya yang telah meninggal dunia.
Antara kaset yang dulunya teman tak gemor tapi tak menyangka
ianya akan menjadi koleksi berharga kini



Dalam kotak dan senarai tajuk lagu yang didendangkan

Kaset ini dipasorkan pada tahun 1990 (12 tahun berlalu)

Ianya diedarkan oleh Hup Hup Sdn Bhd (Life Rekod) Jalan Raja Chulan
Manakala cover dicetak oleh King Musical Ind Sdn Bhd Petaling Jaya
Cover hasil rekaan Kelly Chua

Lirik bagi yang ingin berkaraoke




Teman cedok info di bawah ni dari sini

BILA LARUT MALAM ...TARA KU CHA... TARA KU CHA...

Baris lirik ini cukup sinonim dengan Kumpulan Panca Sitara. Bukan itu saja, cermin mata gelap - satu lagi trademark kumpulan yang ditubuhkan sejak 1950-an ini. Jika bukan lima dengan seorang wanita 
- itu juga bukan Panca Sitara.
Kumpulan Panca Sitara tetap di hati peminat seni suara dan hiburan Melayu zaman berzaman sejak enam dekad lalu walaupun berpuluh atau beribu kumpulan muzik atau penyanyi ditubuhkan.

Panca Sitara diilhamkan oleh Allahyarham P Ramlee pada 1955.
P Ramlee menubuhkan Pancha Sitara bukan saja untuk memberi satu corak baru kepada lagu-lagu Melayu, malah bagi membendung pengaruh muzik pop Barat seperti The Beatles dan The Platters yang diikuti oleh pop yeh-yeh. Bagi P. Ramlee muzik pop begitu “hanya mementingkan bunyi yang kuat dari mutu lagu itu sendiri”.

Panca Sitara boleh disifatkan sebagai kumpulan berharmoni pertama dalam dunia seni hiburan Melayu. Ini disebabkan tiada kumpulan seumpama pernah diketahui sebelum penubuhan Panca Sitara.

Bagaimana nama Panca Sitara diperoleh? Kuncinya boleh dilihat daripada jumlah keahlian kumpulan itu iaitu lima - dari dulu dan selamanya. Panca (Pancha) dalam bahasa Sanskrit bermaksud Lima. Sitara pula dalam bahasa Sanskrit bermaksud Penyanyi. Jadi, Panca Sitara bermaksud Lima Penyanyi.


Panca Sitara asalnya dianggotai P Ramlee, Mohamad Abdul Hamid (Ahmad C), Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan penyanyi wanitanya Normadiah. (gambar atas)

Mengapa berkaca mata gelap? Komposer Kassim Masdor yang juga terbabit dengan penubuhan Panca Sitara berkata, kerana salah seorang anggota kumpulan itu, Ahmad C memakai cermata gelap.
Jadi, P Ramlee sebagai ketua kumpulan mengarahkan semua ahli Panca Sitara memakai cermin mata gelap.
Pemuzik-pemuzik yang mengiringi kumpulan pimpinan P. Ramlee ini ialah Ahmad Kassim (piano), Yusof B (teno-saxaphone), Osman Ahmad (double bass) dan A. Rahim (dram). Mereka juga digelar P Ramlee Quartet.

Mengapa ada pertukaran ahli Panca Sitara pada 1960? Satu peraturan ditetapkan P Ramlee tiada ahli kumpulan itu dibenarkan bercinta di antara satu sama lain. Naluri semula jadi manusia tiada siapa yang boleh menghalangnya - Aziz Jaafar dan Normadiah - jatuh cinta dan terpaksa meninggalkan Panca Sitara.

Ahmad Daud dan Saloma mengisi kekosongan itu pada 1960. Ahli Panca Sitara (II) pada masa itu ialah P Ramlee, Kassim Masdor, Ahmad C, AhmadDaud dan penyanyi wanitanya, Saloma.

Ironinya, cinta P Ramlee dan Saloma dikatakan berputik ketika Saloma menyertai Panca Sitara. Kali ini lain pula ceritanya. Menurut Kassim Masdor kerana peraturan 'ahli kumpulan dilarang bercinta sesama sendiri' dibuat oleh P Ramlee dan dia ketua - tiada apa yang berlaku. Saloma dan P Ramlee kekal dalam Panca Sitara. 


Setelah P Ramlee meninggal dunia 1973, nama Panca Sitara seakan-akan berkubur sama. Hanya pada awal 1980-an, atas daya usaha pelakon dan penyanyi Ahmad Fauzee - Panca Sitara 'dihidupkan' semula. Panca Sitara (III) membariskan Ahmad Fauzee, Anuar Rizman, Zainal Merican,  Nias Ahmad dan penyanyi wanitanya, Dian P Ramlee. Panca Sitara (III) sempat merakamkan dua album bersama Warnada Records.

Masa berlalu - Panca Sitara bagaikan akan 'berkubur' lagi apabila anggota Panca Sitara (III) tidak dapat bertahan kerana mempunyai komitmen tersendiri.

Namun, atas semangat 'takkan Melayu hilang di dunia' - anggota asal kumpulan itu menghidupkan kembali Panca Sitara pada 1990-an. Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud bergabung dengan Nasir P Ramlee dan membawa Aziz Sattar dalam Panca Sitara Edisi Keempat. Panca Sitara (IV) hanya merakamkan dua album dengan Life Records.

DENGARKAN lagu-lagu PANCA SITARA dalam music.

Hayat Panca Sitara (IV) tidak panjang kerana tiga ahlinya berpulang ke Rahmatullah.

Itu tidak bermakna Panca Sitara  akan berkubur. Patah tumbuh hilang berganti  - semangat Panca Sitara akan terus hidup pada bila-bila masa.



Pada era 2000-an, Aziz Sattar, Ahmad Fauzee, Radhi Khalid, Bob serta Salwa Abdul Rahman kerap bersama menghidupkan semangat Panca Sitara.

2 comments:

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]