1 Ogos 2011

Kad Permainan - Street Bikes

 19 komen
Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe

Jika anda dilahirkan dalam era 1980-an, pasti permainan kad ini tidak asing lagi. Ketika itu dam aji, karom, scrabble dan banyak lagi permainan dalaman sangat popular. Pantang ada masa terluang, pasti permainan ini menjadi pilihan. Dari bapak, anak, hingga ke anak saudara ketika itu semuanya pasti akan teruja dengan permainan ini. Jangan tipu la! Hehehe



Jenis kad yang bermacam-macam (dari motor ke kereta, kapal ke kapal terbang)



Peraturan permainan tertera di belakang kotak


Sebahagian kad untuk siri ini. Vrrooommm!!!!


Ada diantaranya sudah jadi obsolete model (sudah tidak dikeluarkan lagi!)

Dibandingkan dengan senario kini, ramai anak-anak lebih tertarik pada permainan video / TV. Yang tinggal hanya secubit memori sekilas ingatan betapa ramainya pemain yang boleh menyertai permainan ini dan kesemuanya akan dihidangkan hilai-tawa ahli keluarga. Dibandingkan dengan permainan video yang hanya dimainkan seorang / berdua pada satu-satu masa.

19 comments:

  1. memang nostalgia kad ni..especially time pose..

    BalasPadam
  2. benar tu inche' matakucing. memang xterasa la pedih perut menanti waktu berbuka kalau ada game macam ni. Siap ada yang bergaduh xtahan tuh. Esp bila lawan dapat kad "power" hehehe

    BalasPadam
  3. Sukacita diingatkan yang teman mengupload koleksi ini sekadar untuk mengimbau memori dulu dan bukan menggalakkan aktiviti main kad dan berjudi. Haram hukumnya! Hehehe <------ SEMBANGGGGGGGGGGGG

    BalasPadam
  4. @D-08
    Ajerngamputtt miker kekekekekek.... xde bukti jgn somberono pitenah teman tawwwww

    BalasPadam
  5. yeah! gua penah main kad motor ni. best! pasal banyak gambo motor beso yang boleh gua tiru dalam kartun gua.
    kalo la ada kad motor chooper masa tu lagi la best!

    have bike will travel

    BalasPadam
  6. kat ghumah ade lagi beberape set. nanti teman cek. kalo ade teman post hehe

    BalasPadam
  7. Kat mana boleh dapat kad ni...saper2 taw mana nak dapat

    BalasPadam
  8. kat kedai2 runcit lama2 ade kot....

    BalasPadam
  9. Perghh!!..bro..klau zaman 80an senang la nak dpt... ada mesin rewind masa x?

    BalasPadam
  10. bro skrg zaman selfie, mn layan game2 card ni...klu nk rewind panggil doraemon la..
    korang ingat x zaman main tikam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. kenangan doh.. tikam2 dapat pemadam..

      Padam
    2. dalam mudah ade org jual set tikam ni hahaha..

      Padam
  11. korang ingt x main game telur...dlm ada batman

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu lama gak...main ceper ker...udang galah ker..lagend

      Padam
    2. adoi korang ni buat teman ngekek je bile ingat balik. siap gaduh kalau kalah. pastu ajak repeat dekat sekolah agama (petang) plak hahaha

      Padam
  12. klu korang sume ingt game main tepuk batang aiskrim lg best, siap hujung batang tu buat ukir lg...terbaik la game2 80an

    BalasPadam
  13. Tengah cari juga kat kedai ..kot-kot ada lagi..minat kad motor,kapal perang dan kereta kebal..

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]