15 Ogos 2011

Siri Cerita Jenaka Untuk KBSR

 10 komen

Menyebut nama-nama Lebai Malang, Pak Kadok, Pak Pandir dan Si Luncai sudah pasti ada diantara kita yang tersenyum. Apa tidaknya, watak-watak ini seringkali digambarkan sebagai malas, kurang cerdik, mudah ditipu dan sering menyusahkan orang lain. (maaf kalau ada yang nama sama).

Sekitar tahun 80-an inilah antara kaedah menasihati anak-anak pada masa dahulu - melalui cerita. Pengajaran yang diselitkan dalam sesuatu cerita kadangkala memberi kesan (mungkin kanak-kanak zaman dulu mudah menerima melalui kaedah pembacaan). Justeru itu banyak sekali buku-buku bercorak nasihat dan pengajaran dalam Bahasa Melayu diterbitkan.

Tengok sahaja cerita animasi Gagak Mengisi Air dalam Takar, Hikayat Sang Kancil oleh Finas. Semuanya bukti Bahasa Melayu mendapat tempat yang tinggi pada masa itu. Jom layan buku jenaka kali ini!




Sekarang ni kanak-kanak lebih banyak belajar mengenal Ben 10, Mickey & friends, Pooh etc. (agak sayang sekali). Bahasa perantaraanpun sudah diganti dengan Bahasa Inggeris. Ada beberapa siri (Dora the Explorer contohnya) menggunakan Bahasa Melayu namun karekter yang digunakan lebih merupai kanak-kanak luar negara dan kurang menekankan aspek ketimuran. Pernah teman tanya anak buah pernah dengar cerita Pak Kaduk, Pak Pandir dan mereka menggeleng kepala. Speechless teman!





10 comments:

  1. Edel...yang ni aku tak tipu.....aku penah ade....tapi bese le...dulu2 mane gheti nak nyimpan buku ni....

    BalasPadam
  2. kisah2 rakyat dulu2..buku ni antara yang top masa kat sekolah rendah dulu..asal jer ada jualan buku mesti beli buku ni. Bro ada tak buku "Dosa-dosa besar" yg cover depan dia ada gambar orag kena potong lidah..kira mcm dlm neraka gitu.

    BalasPadam
  3. gua tak ingat pasal buku ni tapi tengok cover dah nostalgia gile!
    best! bestt!

    BalasPadam
  4. D: Miker nyimpan kesenih2 ape ye? hehehe

    MK: Buku tu teman udah jumpe.. nanti teman post kat sini :)

    Gayour: Bahan bacaan wajib teman kali2 nak makan nasik :p

    BalasPadam
  5. aku pon x tau apa nk jadi plak pada masa depan

    BalasPadam
  6. bro..thanks upload..teringat mase kecik2 aku..aku penah ade buku ni..buku dosa-dosa besar, dan buku bercakap dengan jin..

    lu otai bro..sama mcm abgcantik kt youtube..otai iklan2 lame zamam kita kecik2..

    BalasPadam
  7. @Anonymous: Sama-sama. memang tujuan teman upload ni nak share balik memori masa membesor dulu.

    Muga memberi manfaat dan mengembalikan nostalgia kita kecik2 dulu hehehe

    BalasPadam
  8. kat mana kalau kita boleh nak beli buku ni balik ye?dengan buku ni la saya boleh membaca waktu tu tadika lagi..saya pinjam buku sepupu

    BalasPadam
  9. tau tak macam mana nak dapatkan buku ni? saya perlukan untuk assignment la

    BalasPadam
  10. Boleh tahu nama penulis, dan teribatan ape ye? Saya nak jdikan rujukan

    BalasPadam

Kerane komen komer benor-benor berharge. Cer komen.. Cer komen..

Komen bergambor juge buleh dimasukkan dengan tagging berikut:
[image width="XXXpx" height="XXXpx" src="URL GAMBOR"/]