30 Disember 2012
25 Disember 2012
Komik Jaguh Bola Sepak: Kenangan Masa Lampau
Koleksi kali ini merupakan antara komik yang pernah teman tonton sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dan teman percaye ada diantara komer pernah menonton atau membaca komik ini. Kalau tak silap zaman sekolah agama rakyat (sebab ianya ditayangkan di waktu petang).
14 Disember 2012
Payung Kepala Gila-Gila: Idea kreatif kraftangan 80an
Di era populariti Gila-Gila, antara tarikan utama majalah ini tidak lain tidak bukan halaman tengahnya. Kadang-Kadang komer (korang) dapat stiker, poster, kalendar, kad ucapan dan banyak lagi. Teman nak berkongsi koleksi kali ini iaitu Payung Kepala GG.
3 Disember 2012
Jadual Waktu Bata: Terkenang memori zaman persekolahan
Musim persekolahan akan bermula. Masa ni la mak bapak kelam-kabut menyiapkan pekekeh (kelengkapan) anak-anak yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Jenama Bata menjadikan jadual waktu ini sebagai penarik dan penambah tarikan pada jenama demer. Dikeluorkan sekitar tahun 1985 ianya pantas menjadi tarikan (ditambah lagi dengan populariti jenama Bata masa itu).
8 Oktober 2012
Memori Perwira Habib Bank: Udah takdepon bank ni
Penanda buku ini merupakan peneman kanak-kanak terutama yang gemar membaca. Kali ini penaja penanda buku ini Perwira Habib Bank yang kemudiannya ditukar kepada Affinbank.
Tiba-tiba terbayang pulang memori kanak-kanak - zaman menjinjit buku tak kira ke mana juga perjalannya :)
30 September 2012
The Royal London Circus: Asalnya di Teluk Danga?
Entri kali ini sebenornye bercampur-baur perasaan teman. Walaupon hanya sekeping kertas flyers "The Royal London Circus", ianya tidak hanya menggambarkan senyuman dan keseronokan pengunjungnya. Masih ada kisah sedih di sebalik sarkis yang popular suatu ketika dahulu ini.
28 September 2012
Kapalterbang Styrofom: Tipu la kalo xpernah main
Komer ingat permainan ni?
Senang je, bukak, cantum, dan baling!
Walaupun konsep permainannya mudah dan ringkas untuk disiapkan, ianya tidak
menjadi penghalang untuk kanak-kanak pada waktu itu menikmati keseronokannya.
Malah ada yang lalai menyiapkan kerje rumah dek leka dengan permainan ini.
2 September 2012
Kenangan Alam dan Manusia: Dah dilupuskan pun matapelajaran ni
Teman mempelajari matapelajaran ni pada tahun 1993. Merupakan matapelajaran yang
paling teman suke (sebab ade topik haiwan) Nama chekgu yang ngajor teman mase tu
Puan Zainab hehe. Jom fleshbek memori komer!
29 Ogos 2012
Majalah Saga: Keluaran Raya tahun 1991
Majalah Saga ini diterbitkan dengan slogan "Majalah Eksklusif EON Untuk Pemilik Proton Saga"
dan dijual pada harga $5.00 senaskah. Keluaran yang teman miliki ini bersempena
dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1990 :)
26 Ogos 2012
Kiss Kompendium
Hampir kebanyakan merchandise KISS jarang menghampakan peminat-peminat mereka. Koleksi komik KISS versi bagak nak mampuih ni sangat-sangat menduga peminat mereka. Mana tidaknya, buku ini mengandungi 1200 mukasurat, dan bagi yang sudi berbelanja US45 dollar buku ini milik mereka! (tapi teman beli di BookExcess dapat la <RM100)
3 Ogos 2012
Episod Akhir Komik Rileks! 2020
Episod ini merupakan "finale" 2 dalam 1! Bukan setakat komik sahaja, tetapi keseluruhan
siri komik Rileks! turut diberhentikan dek kos pengeluaran yang tidak mampu ditampung lagi
oleh pihak pengurusan (kate demer le)
Dan sejak memuat naik koleksi komik Rileks! milik teman, pelbagai soalan mengenai
komik ini ditanya. Antaranya apa kesudahan komik itu, apa jadi dengan watak ini dan
tak kurang yang meminta agar gambar komik dipaparkan untuk bacaan.
31 Julai 2012
Kaset Panca Sitara
Kaset generasi ke IV Panca Sitara.
Al-Fatihah buat 4 ahlinya yang telah meninggal dunia.
Antara kaset yang dulunya teman tak gemor tapi tak menyangka
ianya akan menjadi koleksi berharga kini
30 Julai 2012
Kaset Pegangan Hidup Hamka
Beliau meninggal pada tahun 1981 jadi rakaman kaset ini semestinya lebih awal dari itu!
(Tua dari teman usia nya!)
25 Julai 2012
21 Julai 2012
5 Julai 2012
Tiket Menonton Filem Angkasa 1993
Pada tahun 1993 (teman berumor 11 tahon), satu rombongan sekolah ke Kuala Lumpor telah dianjurkan. Happy alang kemain le hati ni. Ye le, buat kami orang-orang kampun ni, peluang melawat ke kota besor sangat la terhad. Kemungkinan yang adapon sedara mara kahwin, tak pon ada saudara mara yang dimasukkan ke hospital akibat sakit teruk.
So berbalik pada lawatan ni tadi, antara lokasi yang kami lawati masa tu ialah Zoo, Muzium dan Planetarium Negara. Masa ni Menara Kuala Lumpurpon xsiap lagi (pilingpon belum tentu mula idak haha). Kebetulan di dalam Planetarium pada masa tu mengadakan Tayangan Filem Angkasa.
Berasaskan skrin berbentuk semi-bulatan, paparan filem dipancarkan dari bawah menghala ke atas. Lengkungan ini pula menjadikan filem yang dipaparkan seakan hidup. Filem yang ditayangkan masa itu mengisahkan dunia haiwan. Dan setiap kali scene gambar melalui helikopter merentas savannah, setiap kali jugah teman kagum dan terpesona dengan teknologi ketika itu :)
P/S: Sayang tiket ni tak dicop tarikh dan masa, jika tak pasti
menimbulkan lagi memori waktu berkasut Aliph ketika itu!
2 Julai 2012
Buku Kelentong
Satu lagi hasil karya Dato' Lat yang berjaya teman kumpol. Kali ini hasil meronda di sekitar Shah Alam.
Buku ini dihasilkan bagi menberi oanduan kepada pengguna akan bahayanya Skim Cepat Kaya.
25 Jun 2012
Captain Tsubasa / Kickers
DVD penuh ini merupakan antara DVD kesayangan teman kerana ianya
merupakan siri anime yang sangat diminati ketika di bangku sekolah rendah lagi. Bezanya
pada masa itu kartun ini dinamakan "Kickers" dan dialih bahasa oleh TV1.
Jom lihat sebahagian info mengenari siri ini :)
24 Jun 2012
Kampung Puaka
Komik ini merupakan satu lagi karya Allahyarham Hussain Sa'ad, kartunis yang mencipta Wak Dojer.
Ianya mengisahkan seorang bidan yang terpengaruh dengan pujukan syaitan (pelsit).
Ianya terbitan komik Dayacipta dan dijual pada harga 50 sen ketika itu :)
Ianya terbitan komik Dayacipta dan dijual pada harga 50 sen ketika itu :)
22 Jun 2012
Sticker Liga Perdana
Satu lagi produksi Gila-Gila untuk peminat fanatik bolasepak Malaysia, siri sticker ini diperkenalkan pada tahun 1995. Sebanyak 14 negeri dan Brunei menjadikan 15 pasukan yang bertanding pada masa ini.
20 Jun 2012
Stiker Siri Produksi Gila-Gila
Sekitar tahun 80-an hingga hujung 90-an, stiker merupakan antara penarik minat pengguna terhadap majalah-majalah humor. Pelbagai idea, konsep, simbol, malah ayat yang digunakan bagi menarik perhatian.
Koleksi ini menampilkan kartun dari kartunis Aza (kalau dilihat dari rupa kartun la). Antara tempat yang sering stiker ini digunakan semestinya almari (anak2 bujang), bilik ayor, pondok telefon dan bagi yang berani di pejabat!
19 Jun 2012
Komik Lela Manja
Lela dan manja merupakan dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman serta keadaan.
Kehadiran ibu tirinya telah mengubah corak hidup mereka berdua. Mereka di seksa sejak kecil
dan di perlakukan seperti hamba.
Keperitan hidup mereka berdua bertambah apabila ayahandanya pula di bunuh di depan mata.
Maka kerana ketakutan itu, dua beradik ini terpisah di dalam hutan.Sekian lama terpisah, Lela yang
menjadi permaisuri kepada Raja Muda, telah di dendami oleh Komeng yang ingin menuntut bela
di atas kematian ayahandanya Megat Sura. Perjuangannya itu mendapat sokongan dari Manja
yang tidak menyedari kisah sebenar yang di selindungkan. Raja Muda di buru Manja, sehinggalah
Lela dan Manja di pertemukan semula.
Jom layan lukisan lain dalam komik ini!
11 Mei 2012
Komik Tun Fatimah
"Bagai kerdip bintang dia muncul mempertahankan maruah bangsa"
Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan merupakan anaknda perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adiinda bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.
Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang ketiga. Beliau berketurunan Tamil Muslim, merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adinda bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir adalah salah seorang Bendehara Melaka pada waktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Mereka adalah keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga kakak kepada Bendehara terkenal iaitu Bendahara Tun Perak).
Tun Fatimah sudahpun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali. Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu.
Tun Fatimah melahirkan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, di antaranya adalah Raja Ala'uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar'Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 - 1601(Raja Muda Mahkota Melaka) dan Raja Raden Ali yang memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.
Jom lihat hasil lukisan dalam komik ini
Komik Si Bongkok Tanjung Puteri
"Demi Negeri Dan Maruah Bangsa Dia Rela
Mempertaruhkan Nyawa Mengharungi Lautan Bara!"
Komik klasik ini hasi lkarya Zaharuddin Sarbini dan skripnya oleh pengarang terkenal Adi Alhadi.
Ilustrasi luar seperti biasa hasil sentuhan Fazrul Arhan.
8 Mei 2012
Komik Bawang Putih Bawang Merah
"Yang satu bersemayam di istana yang satu merana di desa mereka menemui cinta di belantara"
Itu tagline yang digunakan di muka hadapan komik ini. Lukisan warna air Fazrul Arhan Razali menjadi penghias kulit hadapan manakala ilustrasi dalam oleh Zaharuddin Sarbini. Skrip pula oleh Mishar menjanjikan hasil yang tersendiri pastinya.
Bagi yang ingin mengetahui mengimbau kembali kisah ini boleh baca di sini
21 Februari 2012
Komik Sejarah Lagenda Melayu
(Sila kelik gambor bagi saiz yang besor)
Sekitar tahun 1995 hingga 1999, Creative Enterprise atau dengan nama glamournya Gila-Gila mengeluarkan komik-komik cerita lisan Melayu. Banyak cerita yang terkandung dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) diterbitkan semula seperti:-
Sekitar tahun 1995 hingga 1999, Creative Enterprise atau dengan nama glamournya Gila-Gila mengeluarkan komik-komik cerita lisan Melayu. Banyak cerita yang terkandung dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) diterbitkan semula seperti:-
(Dari kiri, atas)
Mahsuri - Dang Anum - Puteri Lindungan Bulan - Malim Dewa
Puteri Gunung Ledang - Raja Bersiung - Laksamana Bentan - Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Badang - Si Bongkok Tanjung Puteri - Batu Belah Batu Bertangkup - Hang Nadim
Tun Perak - Tun Teja
Koleksi inipun teman tak pasti samada lengkap atau tidak :)
20 Februari 2012
Mari Berbuku Skerab!
Kadang-kala menyimpan cebisan-cebisan kertas lama sangat menyeronokkan. Namun jika dibiorkan bersepah tanpa susunan mungkin akan menyusahkan bil aingin dicari kelak.
Justeru itu buku skrap dijadikan album tidak rasmi bagi koleksi-koleksi ini. Tidak kiralah poster, keratan akhbar, tiket, flyers mahupun setem kesemuanya boleh dilekatkan pada satu buku yang boleh disimpan selama mungkin.
Ini merupakan 1 dari 4 buku skrap yang teman miliki. Merangkumi petikan akhbar, komik, poster majalah, dan info piala dunia ianya bagaikan jurnal minat teman dari usia remaja.
16 Februari 2012
Kisah Seorang Biduan
Satu lagi komik terbitan Dayacipta Enterprise. Kartunis yang dipertanggungjawabkan menghasilkan karya ini pula ialah Mohd. Zohri. Kelakarnya kerana tajuk komik ini sama dengan lagu Dahlan Zainuddin :)
10 Februari 2012
Raja Rimba - Cemas
Komik lama ini teman temui di Pasor Karat (Loken) Ipoh. Karya ini milik D. Yusoff dan
diterbitkan oleh Dayacipta Enterprise. Harga jualannya pada masa itu cuma 50 sen hehehe.
Komik pendek ini mengisahkan bagaimana Mala yang tinggal di dalam hutan menyelamatkan haiwan-haiwan di hutan berkenaan selain menyelamatkan seorang pengembara yang sesat di hutan yang dihuninya.
4 Januari 2012
Piala Din Beramboi
Di sekitar tahun 80-an hingga 90-an, majalah Gila-Gila tersangatlah popular. Antara faktor yang menyumbang kepada populariti GG selain lawak jenaka ialah bahagian muka tengah majalahnya. Ini kerana terdapat sticket pelekat, poster, permainan dan banyak lagi (promosi ala-ala Ding Dang beli makanan dapat permainan)
Langgan:
Ulasan (Atom)














